Utusan Borneo (Sarawak)

Gambar lama Bintulu pada Festival Fotografi bangkit nostalgia penduduk

-

BINTULU: Gambar-gambar lama yang dipamerkan pada Festival Fotografi 2018 membangkit nostalgia di kalangan pengunjung pameran tersebut semalam.

Ia mengimbau kenangan keadaan Bintulu suatu ketika dahulu yang hanya mempunyai 5,000pendudu­kdenganseb­uah perkampung­an nelayan.

Pameran itu turut memaparkan keadaan semasa Bintulu yang dalam proses transforma­si pembanguna­n pesat.

Kebanyakan gambar dipamerkan bertemakan jalanan, makro, landskap, acara, seni abstrak, potret, bakat muda, sukan serta pembanguna­n di Bintulu dari udara.

Festival yang bermula kel- marin hingga hari ini turut menyenarai­kan pelbagai aktiviti seperti kursus seni grafik, asas fotografi dan sebagainya.

Presiden Bintulu VisualArts Community (BVC) merangkap pengerusi penganjur Mohammad Rizal Julaihi berkata, slot menarik festival itu ialah ‘Pameran Bintulu Nostalgia’ yang membuka peluang kepada orang awam berkongsi gambar dan kenangan lama mereka di Bintulu.

“Kami berharap festival ini akan menjadi acara tahunan untuk membolehka­n gambar-gambar karya tempatan dipertonto­nkan kepada orang ramai serta menjadi tarikan pelanconga­n,” ujarnya.

Festival anjuran BVC itu mendapat kerjasama Pejabat Residen dan Daerah Bintulu, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Belia dan Sukan Bintulu, Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Bintulu, Badan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Vaie Bintulu (BAWARIS), Bintulu PhotoArt Society serta Persatuan Pengasuh dan Pendidik Awal Kanak-Kanak Bintulu.

Antara acara menarik ialah pertanding­an fotografi jalanan, ‘ photohunt,’ sesi ‘ outing’ bersama jurugambar Otai Street iaitu Chottouch di Pasar Malam Bintulu, Pameran #Bintuludih­atiku dan bengkelben­gkel fotografi, videografi dan grafik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia