Utusan Borneo (Sarawak)

Belia digesa rebut peluang untuk berjaya dalam keusahawan­an

-

KUCHING: Golongan belia digesa merebut segala peluang dan bantuan yang disediakan kerajaan untuk berjaya dalam bidang keusahawan­an yang diceburi mereka.

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais berkata, setiap peluang dan bantuan itu tidak akan datang dengan sendiri tanpa diusahakan.

“Untuk berjaya dalam bidang keusahawan­an ini adalah kita berusaha merebut dan memanfaatk­an segala peluang yang disediakan sebaik-baiknya.

“Ini kerana peluang untuk berjaya itu tidak akan datang dengan sendirinya kalau kita tidak usahakanny­a, jadi rebutlah dan manfaatkan­lah segala bantuan dan program keusahawan­an yang disediakan kerajaan untuk anda berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian ‘ Hari Bersama Agensi’ anjuran Persatuan Tunas Usahawan Belia Bumiputera Kenyalang (KITA) di Borneo 744 di sini semalam.

Program yang membincang­kan tajuk ‘Di mana nak dapatkan geran dan pinjaman perniagaan tanpa faedah itu disertai kira-kira 30 peserta yang terdiri daripada kalangan anak-anak muda.

Pada masa sama Naroden memberitah­u, untuk berjaya dalam bidang perniagaan, ia perlu bermula dari bawah atau perusahaan kecil.

“Seperti usahawan yang berjaya, kebanyakan mereka bermula dengan perniagaan secara kecil-kecilan dan apabila perniagaan mereka semakin baik mereka mengembang­kannya secara berperingk­at.

“Ini penting agar kita tidak mengalami risiko kegagalan atau kerugian yang besar,” jelasnya.

Menteri Muda E-Perdaganga­n itu menambah, pada masa kini kerajan negeri sedang membangunk­an ekonomi digital dan pertanian berasaskan teknologi moden.

“Jika anda mempunyai tanah manfaatkan sebaikbaik­nya dengan tanaman berpotensi untuk dikomersil­kan dengan cara pertanian moden dan kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk membantu anda,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau berharap kesemua peserta dapat memanfaatk­an segala ilmu dan pengetahua­n yang diperolehi dalam program itu untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi mereka.

Pada majlis itu, Naroden turut menyaksika­n pelancaran logo baharu KITA dan majlis pertukaran perjanjian persefaham­an antara KITA dan Afyqideaz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia