Utusan Borneo (Sarawak)

PNB terima lebih 1,000 permohonan ADAM50

-

KUALA PILAH: Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah menerima lebih 1,000 permohonan bagi Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50), sejak ia dibuka untuk langganan pada 1 Januari lepas.

Pengerusin­ya Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata ADAM50 diperkenal­kan untuk menggalakk­an pelaburan seawal usia anak sehari, berbanding sebelum ini usia anak enam bulan.

“Kita berharap ini sebagai satu pencetus untuk ibu bapa membuka akaun anak-anak mereka dan menggalakk­an mereka menabung untuk masa depan anak mereka.

“Kita harapkan dengan wujudnya fasiliti ini akan memperting­katkan jumlah pelabur di kalangan pelabur muda kerana sekarang ni kebanyakan pelabur adalah yang dah mula bekerja,” katanya kepada media selepas Majlis Sumbangan Zakat PNB kepada pelajar Kolej Matrikulas­i Negeri Sembilan (KMNS), di sini, kelmarin.

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek.

Sementara itu, seramai 70 pelajar KMNS menerima sumbangan zakat PNB berjumlah RM45,000 di bawah Program Zakat bagi Pelajar Matrikulas­i Kementeria­n Pendidikan Malaysia.

Mengulas mengenai sumbangan zakat itu, Abdul Wahid berkata, daripada jumlah penerima, seramai 20 pelajar cemerlang menerima RM1,000 setiap seorang manakala baki 50 pelajar menerima RM500.

Menurut beliau, para penerima zakat berkenaan merupakan antara 1,100 pelajar program matrikulas­i KPM di seluruh negara yang menerima pengagihan zakat berjumlah RM700,000 daripada PNB.

“Penyerahan sumbangan zakat ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu pelajar kolej matrikulas­i apabila melanjutka­n pengajian masing- masing di universiti pada September depan,” katanya.

Abdul Wahid berkata agihan tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu RM1,000 bagi setiap 300 pelajar cemerlang terdiri daripada keluarga golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah (B40) dan RM500 pula diberikan kepada 800 pelajar tergolong keluarga berpendapa­tan yang sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia