Utusan Borneo (Sarawak)

PASANGAN WARGA INDONESIA DISYAKI DALANG EDAR DADAH DICEKUP

-

BINTULU: Sepasang suami isteri warganegar­a Indonesia dipercayai dalang kegiatan pengedaran di bahagian ini dicekup dalam serbuan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Superinten­den Sahar Abdul Latif berkata pasangan berusia 29 dan 45 tahun itu ditahan pada jam 1.30 petang kelmarin di hadapan pintu dan bilik tidur tingkat atas sebuah rumah di Jalan Nyigu di sini.

“Hasil pemeriksaa­n, pihak polis menjumpai satu beg plastik hitam yang mengandung­i satu unit ‘impulse sealer’ dan alat timbang digital dalam laci pertama rak plastik di bilik tidur utama rumah suspek,” katanya dalam kenyataan semalam.

Susulan itu jelasnya, 15 peket lutsinar dan dua keratan tiub straw berisi ketulan kristal disyaki dadah syabu seberat kira-kira 53 gram turut dirampas dalam serbuan itu.

“Anggaran kasar nilai dadah yang dirampas ialah RM7,200 dan turut dirampas ialah sebuah kenderaan dipercayai digunakan suspek untuk mengedar dadah.

“Siasatan awal turut mendapati kedua-dua suspek melakukan aktiviti mengedar dadah di sekitar bandar lama Bintulu dan kawasan Sungai Nyigu di sini,” ujarnya.

Menurut Sahar lagi, pasangan yang berasal dari Pontianak, Kalimantan Barat Indonesia itu mendiami rumah terbabit sejak empat bulan lalu dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kedua-dua suspek ditahan di lokap Balai Polis Bintulu untuk siasatan lanjut,” katanya sambil menambah kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia