Utusan Borneo (Sarawak)

KPWKM tawarkan perkhidmat­an penuhi keperluan kumpulan sasar

-

SRI AMAN: Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) merangka pelbagai inisiatif melalui program turun padang serta menawarkan penyampaia­n perkhidmat­an bagi memenuhi keperluan kumpulan sasar.

Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata sesuatu yang menarik tahun ini ialah pihaknya memperkena­lkan Program ‘ Touch Points’ ( Titik Sentuhan) antaranya melalui Karnival Sukan Rakyat.

“Karnival berkonsepk­an sukan rakyat serta pameran jabatan atau agensi merupakan usaha menyebar luas perkhidmat­an, peranan, fungsi dan inisiatif dilaksanak­an KPWKM,” katanya pada Karnival Sukan Rakyat di sini semalam.

Ahli Parlimen Batang Lupar itu berkata, idea Karnival Sukan Rakyat itu sebenarnya da- tang daripada beliau sendiri.

“Saya memohon jabatan dan agensi di bawah kementeria­n saya mengenal pasti beberapa kawasan dan kampung-kampung sesuai untuk diadakan aktiviti ini,” jelasnya.

Beliau berkata, Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Jabatan Pembanguna­n Wanita (JPW) memperkena­lkan beberapa permainan sukan rakyat yang mencabar.

Karnival Sukan Rakyat bagi merapatkan hubungan ahli keluarga serta komuniti melalui aktiviti sukan tanpa sebarang gajet.

“Aktiviti seperti zaman kanak-kanak dahulu sering bermain pelbagai permainan tradisiona­l tetapi meluangkan masa lebih berkualiti bersama ahli keluarga,” katanya.

Hadir sama Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, Pegawai Daerah Sri Aman Ismawie Salleh serta pegawai-pegawai kanan KPWKM lain.

Rohani turut menyampaik­an geran kerajaan kepada 13 pertubuhan bukan kerajaan, kelab, persatuan serta JKKK berjumlah RM118,500.

 ??  ?? MANFAATKAN: Rohani (tiga kiri) menyampaik­an geran kerajaan kepada salah seorang penerima.
MANFAATKAN: Rohani (tiga kiri) menyampaik­an geran kerajaan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia