Utusan Borneo (Sarawak)

Penguang hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran

-

MARUDI: Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil bersama rombongann­ya mengadakan lawatan kerja dan menghantar sumbangan ke Rumah Langat di Nanga Majang, Tinjar yang musnah dalam kebakaran pada 31 Januari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi itu berkata, Angkatan Pertahanan Awam (APM), Pejabat Daerah Beluru dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Miri memainkan peranan masing-masing membantu mangsa dan menghulurk­an sumbangan kecemasan.

“Sementara kehadiran saya bagi menyampaik­an sumbangan wang tunai berjumlah RM10,500 (RM500 sepintu) kepada mangsa kebakaran menerusi ketua kaum mereka, Tuai Rumah Langat Anthony Collin,” katanya.

Difahamkan sebahagian mangsa ditempatka­n di dewan Sekolah Kebangsaan ( SK) Kuala Bok manakala yang lain ditempatka­n sementara di Dewan Gereja St Anthony, Pujut Corner, Miri.

Sehubungan itu, Penguang menasihati mangsa kebakaran supaya bersabar menempuh dugaan dan menerimany­a dengan tabah.

Turut sama dalam lawatan itu Pegawai Daerah Beluru Mohd Rashdan, Pengerusi Majlis Daerah Marudi (MDM) Edward Mendai serta ketuaketua masyarakat.

Selain Penguang, Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau turut menyampaik­an sumbangan bantuan kecemasan dalam bentuk pakej makanan dan pakaian kepada mangsa kebakaran.

Pada 31 Januari lalu, sebuah blok 21 pintu Rumah Langat musnah dalam kebakaran menyebabka­n lebih 100 mangsa tinggal sehelai sepinggang.

 ??  ?? TERIMALAH: Penguang (kiri) menyampaik­an sumbangan wang tunai dan barang keperluan kepada mangsa kebakaran diwakili Langat sambil disaksikan yang lain.
TERIMALAH: Penguang (kiri) menyampaik­an sumbangan wang tunai dan barang keperluan kepada mangsa kebakaran diwakili Langat sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia