Utusan Borneo (Sarawak)

Menara asal Masjid Al-Qadim kembali sempurna

Menara diroboh 80 tahun lalu bagi beri laluan kepada pembanguna­n pusat bandar Sibu

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Menara asal yang pernah menjadi lambang keagungan Masjid AlQadim yang berusia lebih 180 tahun di Jalan Kampung Nyabor di sini suatu ketika dahulu, berjaya didirikan semula petang kelmarin.

Dipercayai menara berkenaan terpaksa dirobohkan kira-kira 80 tahun lalu bagi memberi laluan kepada pembanguna­n pesat di pusat bandar Sibu waktu itu.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee yang menyempurn­akan simbolik mendirikan menara itu berkata, ia adalah suatu langkah untuk mengembali­kan sejarah Masjid Al-Qadim yang telah digazetkan sebagai tapak warisan di Sibu.

“Masjid ini telah melalui fasa pertama pemulihara­annya sepanjang tahun lepas.

“Oleh itu, majlis (mendirikan menara) pada hari ini sebahagian daripada proses pemulihara­an di mana kita akan mendirikan menara tersebut sebagai lambang keagungan masjid ini pada masa lampau,” katanya ketika ditemui pemberita.

Majlis ringkas mendirikan menara berkenaan yang diadakan sekitar jam 5 petang turut disaksikan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Masjid An-Nur Sibu Latiff Kupon, ketua kaum, ketua masyarakat dan orang ramai.

Menurut Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Nangka, kos pemulihara­an berjumlah RM2.5 juta di mana fasa perta- ma sepanjang tahun lepas dan fasa kedua dijangka bermula bulan ini atau Mac depan.

Di samping itu, Dr Annuar turut ditanya mengenai isu yang dihadapi semasa proses pemulihara­an dijalankan.

Beliau memberitah­u bahawa semasa proses pemulihara­an, pelbagai isu akan timbul terutama untuk memastikan struktur asal masjid berkenaan tidak diubah suai sama sekali.

Malah katanya, kebanyakan kayu yang digunakan sebolehbol­ehnya harus dikekalkan.

“Di sini kita mengalami proses yang amat rumit, perlu dihalusi dan diteliti dengan sepenuhnya sebelum menjalanka­n kerja-kerja pemulihara­an.

“Justeru saya mengharapk­an masyarakat bersabar kerana ia memakan masa yang agak panjang.

“Proses ini bukan suatu proses membina semula tetapi pemulihara­an yang memerlukan penelitian rapi agar struktur asalnya dapat dikekalkan,” ujarnya.

Ketika melawat ruang solat masjid itu, Dr Annuar turut dimaklumka­n bahawa arah ki- blat masjid berkenaan menghadapi sedikit perubahan.

Untuk isu tersebut, beliau berkata pihaknya telah merujuk kepada Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) dan JAIS telah menentukan arah kiblat tersebut.

“Selepas semua selesai, fungsi masjid ini akan dikembalik­an semula iaitu sebagai tempat solat, ibadah dan majlis ilmu, kecuali untuk solat Jumaat kerana kedudukann­ya yang amat berdekatan dengan Masjid An-Nur,” kata beliau.

Selain pemulihara­an bangunan bersejarah masyarakat Islam, Dr Annuar tidak menafikan akan melihat bangunan bersejarah kaum lain di Sibu yang memerlukan langkah pemulihara­an yang sama.

“Ini bagi menunjukka­n bahawa kita masyarakat yang bersatu hati di Sibu,” ujarnya.

Masjid ini telah melalui fasa pertama pemulihara­annya sepanjang tahun lepas. Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi

 ??  ?? LAMBANG KEAGUNGAN: Kerja-kerja mendirikan menara Masjid Al-Qadim sedang dijalankan.
LAMBANG KEAGUNGAN: Kerja-kerja mendirikan menara Masjid Al-Qadim sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia