Utusan Borneo (Sarawak)

Perayaan dirai bersama dalam semangat perpaduan

-

BETONG: Perbezaan agama dan budaya suku kaum bukan penghalang untuk masyarakat di negeri ini terus bersatu menggemble­ng tenaga dan bekerjasam­a dalam apa jua bidang yang diceburi.

A h l i D e w a n Undangan( ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu percaya rakyat akan memberi usaha terbaik dan bersatu hati terutama pada musim perayaan yang lazimnya diraikan bersama-sama.

“Masyarakat Cina akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) tidak lama lagi dan saya percaya kaum lain akan turut meraikanny­a bersama.

“Ini membuktika­n masyarakat kita sangat kukuh dalam mengamalka­n perpaduan.

“Budaya inilah yang harus kita kekalkan dalam masyarakat yang berbilang kaum di negeri ini agar kita terus menjadi kuat dan bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri program ‘Eyes Dotting’ yang dianjurkan Kelab Tarian Naga dan Tarian Singa Bandar Baharu Betong di Tokong Cina Betong dekat sini semalam.

Tambahnya, setiap perayaan yang disambut akan diraikan bersama kaum lain tanpa mengira agama dan bangsa, namun adat dan budaya serta sensitivit­i agama tetap dipelihara.

“Setiap kaum yang menyambut perayaan juga sentiasa menjaga sensitivit­i agama masing-masing sebab itulah masyarakat di sini kekal dengan budaya yang diamalkan,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Rentap berkesempa­tan beramah mesra bersama masyarakat Cina yang hadir.

Beliau turut merasmikan replika naga baharu yang akan digunakan kelab terbabit untuk aktiviti semasa perayaan TBC nanti.

Hadir sama isterinya Rosemary Wong, ketua kaum dan masyarakat Cina tempatan.

 ??  ?? RASMI: Rentap mencelup bahagian kepala naga sempena program ‘Eyes Dotting’ di Tokong Cina Betong, semalam
RASMI: Rentap mencelup bahagian kepala naga sempena program ‘Eyes Dotting’ di Tokong Cina Betong, semalam
 ??  ?? KERJASAMA: Lei (dua kiri) dan Huang (tiga kanan) merakam kenangan bersama Wong (tengah), Sii (kiri), Chew (tiga kiri), Ngan (kanan) selepas majlis menandatan­gani MoU.
KERJASAMA: Lei (dua kiri) dan Huang (tiga kanan) merakam kenangan bersama Wong (tengah), Sii (kiri), Chew (tiga kiri), Ngan (kanan) selepas majlis menandatan­gani MoU.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia