Utusan Borneo (Sarawak)

996 pelajar SMK Saribas menerima bantuan khas awal persekolah­an

-

KUCHING: Seramai 996 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas menerima bantuan khas awal persekolah­an RM100 setiap seorang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam berkata, bantuan yang diberi kerajaan itu bertujuan mengurangk­an beban ibu bapa untuk membeli barangan keperluan sekolah anak masing-masing.

“Bantuan ini adalah antara inisiatif kerajaan untuk membantu keluarga kurang berkemampu­an. Sebelum ini kerajaan juga telah memberi pelbagai bantuan persekolah­an seperti beg dan peralatan sekolah.

“Oleh itu, saya berharap bantuan ini tidak disalahgun­akan sebaliknya dimanfaatk­an sepenuhnya oleh ibu bapa bagi memastikan keperluan anak-anak di sekolah lengkap,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Bantuan Khas Awal Persekolah­an di SMK Saribas, baru-baru ini.

Menurut Razi, bantuan yang diberikan adalah bukti keikhlasan dan keprihatin­an kerajaan terhadap sektor pendidikan di negara ini.

“Maka itu, pemberian ini harus diterima dengan hati yang ikhlas agar rezeki yang dinikmati menjadi berkat. Banyak bantuan lain diberi kerajaan dan semua itu tidak akan dapat dinikmati sekiranya negara tidak aman dan makmur seperti sekarang,” ujarnya

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an ibu bapa supaya sentiasa memberi penekanan terhadap pendidikan anak-anak mereka bagi memastikan mereka menjadi insan yang berjaya.

“Anak- anak adalah aset paling berharga dan perlu diingat pelaburan untuk pendidikan bukannya satu bebanan atau liabiliti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia