Utusan Borneo (Sarawak)

Ketiadaan bahan pembelajar­an melemahkan semangat murid

-

BETONG: Ketiadaan bahan pembelajar­an melemahkan semangat murid meneruskan persekolah­an sekali gus menjadikan mereka ketinggala­n dalam pelajaran.

Namun, masalah seorang murid tahun dua dari Sekolah Kebangsaan(SK) St Augustine Betong tidak mendapat bekalan buku teks mendapat perhatian wakil rakyat.

Keresahan Franzeela Clara, 8, anak pasangan Barry Belayong, 32 dan Hellener Chaya Dagang, 31, sejak pembukaan sekolah awal tahun sehingga hari ini terubat apabila kunjungan ADUN Layar Gerald Rentap Jabu membawa berita gembira.

Kunjungan Rentap ke rumah mereka di Rumah Demsy Gubar, Bebangai Kanan Betong menyerahka­n buku teks setelah dimaklumka­n bahawa pihak sekolah tiada bekalan buku untuk murid terbabit.

“Saya difahamkan murid tersebut berpindah sekolah dari SK Wong, Sibu ke SK St Augustine Betong awal tahun ini namun disebabkan pendapatan keluarga agak membebanka­n berulang alik ke sekolah lama bagi mendapatka­n bekalan buku dikhaskan kepadanya, maka niat itu terpaksa dibatalkan.

“Disebabkan itulah dia tidak mempunyai buku teks di sekolah baharunya dan tiada bekalan mencukupi untuk diberikan kepadanya di sekolah baharu.

“Saya juga berbincang dengan pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah Betong namun mereka meminta pihak sekolah berusaha mendapatka­nnya merujuk kepada prosedur diguna pakai.

“Kita amat terkilan atas masalah berlaku dan melihat perkara ini dengan serius kerana membabitka­n masa depan murid.

“Pendekatan kita ambil mendapatka­n bekalan dengan membeli buku tersebut dan menyerahka­n buku teks itu kepada murid terbabit,” jelasnya.

Beliau turut berpesan ke- pada murid terbabit supaya belajar bersungguh-sungguh dan tidak mengabaika­n pelajaran demi masa depan lebih cemerlang.

Pada masa sama Rentap meminta ibu bapa mengambil berat pendidikan dan pencapaian anak-anak mereka demi menjana harapan bangsa agar terus cemerlang.

Hadir sama isterinya Rosemary Wong, Pegawai JASA Bahagian Betong Tony Malang serta rombongan.

 ??  ?? UNTUK KOMUNITI: (Dari kiri) Lee, Ting, Yii menyampaik­an sijil penyertaan kepada penderma darah sambil disaksikan Karambir (berdiri, tengah) dan Chin (kanan) di Miri semalam.
UNTUK KOMUNITI: (Dari kiri) Lee, Ting, Yii menyampaik­an sijil penyertaan kepada penderma darah sambil disaksikan Karambir (berdiri, tengah) dan Chin (kanan) di Miri semalam.
 ??  ?? SERAH: Rentap menyerahka­n buku teks kepada Franzeela di rumahnya semalam.
SERAH: Rentap menyerahka­n buku teks kepada Franzeela di rumahnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia