Utusan Borneo (Sarawak)

Bimbang banjir, penduduk tidak dapat tidur lena

-

KOTA SAMARAHAN: Terpaksa ‘tidur-tidur ayam’, begitulah keadaan penduduk Kampung Tanjung Bundong Lot Fasa 3 apabila terjejas akibat banjir yang melanda di beberapa bahagian di negeri ini.

Perkara itu diluahkan Nurhayati Abdullah, 48, yang merupakan antara 25 mangsa banjir yang dipindahka­n ke Pusat Pemindahan Banjir Dewan Suarah Kota Samarahan yang baharu dibuka jam 2.19 petang semalam.

“Kami hanya dapat tidurtidur ayam di ruang dapur manakala suami terpaksa berjaga kerana bimbang keselamata­n kami sekeluarga.

“Apatah lagi motosikal terpaksa diparkir di jalan raya, jadi kami terpaksa berjagajag­a sepanjang malam sebelum dipindahka­n ke sini hari ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Malah, Nurhayati berkata rumahnya kini masih dinaiki air setinggi tiga kaki sejak petang kelmarin.

“Kalau hujan turun berterusan hari ini, mungkin paras air akan terus naik,” katanya yang kelihatan bimbang keselamata­n harta bendanya meskipun telah diletakkan di tempat tinggi.

Tambahnya, suaminya, Nasir Yuman, 48, terpaksa berulang alik dari pusat pe- mindahan ke rumah untuk memeriksa keadaan rumah mereka.

“Kami berharap pihak berkuasa turun membuat rondaan bagi memastikan keselamata­n rumah yang kami tinggalkan ketika musim banjir ini,” katanya.

Menurutnya, banjir di kawasan itu disebabkan sistem perparitan yang perlu ditambah baik untuk memudahkan saliran air keluar ke sungai berdekatan.

Sementara itu, Nazirol Sama’ail, 30, berkata, rumahnya sudah dilanda banjir sejak petang Jumaat lalu namun paras air beransur surut pada pagi kelmarin sebelum naik semula pada sebelah malamnya.

Namun, dia bersama keluargany­a belum mahu berpindah ke pusat pemindahan kerana bimbang akan keselamata­n rumah dan harta benda mereka.

Selain Kampung Tanjung Bundong Fasa Tiga, beberapa kampung lain seperti Kampung Endap, Kampung Mang Lot, Kampung Bintawa/Betong, Kampung Naie Lama turut terjejas akibat banjir.

Semalam, Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang turut sempat melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Dewan Suarah Kota Samarahan.

Pada masa sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Idris Buang turut turun padang melawat dan mengagihka­n bantuan kepada mangsamang­sa banjir.

 ??  ?? BERSABARLA­H: Rubiah sempat bertanya khabar dengan Nurhayati dan mangsa banjir Kampung Tanjung Bundong Lot Fasa Tiga di Dewan Suarah Kota Samarahan.
BERSABARLA­H: Rubiah sempat bertanya khabar dengan Nurhayati dan mangsa banjir Kampung Tanjung Bundong Lot Fasa Tiga di Dewan Suarah Kota Samarahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia