Utusan Borneo (Sarawak)

Banjir: Penduduk di Tanjong Pedada diingatkan berjaga-jaga

-

MUKAH: Penduduk di kawasan Tanjong Pedada diingatkan supaya mengambil langkah berjagajag­a beberapa hari ini berikutan keadaan banjir melanda sejak Sabtu lalu.

Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Dalat Mukah (MDDM) Kaunselor Mawar Awang berkata tuai rumah disaran berhubung segera dengan bilik gerakan bencana alam sekiranya berlaku kecemasan banjir.

“Diharap tuai rumah sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkina­n akibat banjir,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurutnya, paras air terus meningkat dan keadaan lebih buruk mungkin berlaku jika hujun turun berterusan.

“Jalan raya sudah ditenggela­mi air kira-kira dua meter, keadaan lebih teruk berbanding sebelum ini hanya naik satu meter lebih,” jelasnya.

Beliau turut memberitah­u bahawa pihaknya turut mengadakan perbincang­an sekitar dua atau tiga hari untuk menentukan sama ada bantuan makanan diperlukan atau tidak.

“Kita lihat perkembang­an banjir dua atau tiga hari lagi sama ada kita perlu bantuan makanan atau tidak,” ujar Mawar.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta yang berkaitan turut melakukan pemantauan banjir di kawasan Tanjong Pedada pada masa ini.

Bagaimanap­un, setakat berita ini ditulis petang semalam belum ada pemindahan mangsa banjir dilakukan di kawasan terbabit.

Pada Januari lalu, banjir di Tanjong Pedada melibatkan 18 rumah panjang, sebuah kampung dan dua sekolah kebangsaan terputus hubungan jalan raya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia