Utusan Borneo (Sarawak)

50 penduduk di Lorong 7, Kpg Jawa Gunda terputus hubungan

-

KUCHING: Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Ar Rahman di Kampung Sungai Batu di sini, malam kelmarin.

Seramai 36 mangsa banjir daripada tujuh keluarga telah dipindahka­n ke PPS itu kerana dikhuatiri kawasan itu terus dinaiki air ekoran hujan turun tidak berhentihe­nti sejak Jumaat lalu.

Usaha pemindahan dilakukan oleh Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamtan Kampung ( JKKK) Kampung Sungai Batu dengan bantuan pihak bomba, Jabatan Angakatan Awam Malaysia ( APM) Sarawak dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesemua mangsa di PPS tersebut telah menerima sumbangan makanan segera daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kuching dan APM.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman mengingatk­an penduduk kampung terutama yang berisiko tinggi dilanda banjir agar sentisa berhati-hati dan peka dengan perkembang­an cuaca semasa.

“Orang ramai terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai dan seluruh negeri dinasihati supaya terus berwaspada dan mendengar nasihat agensiagen­si yang dipertangg­ungjawabka­n dalam bencana banjir,” katanya. KUCHING: Seramai 50 penduduk di Lorong 7, Kampung Jawa Gunda di Jalan Kuching-Serian dekat sini terputus hubungan disebabkan jalan yang menjadi laluan utama mereka dinaiki air.

Menurut Ketua Kampung Jawa Gunda Ramad Ahmad, jalan tersebut mula dinaiki air pada jam 3 pagi semalam ekoran hujan tanpa henti sejak dua hari lalu.

“Semua kami tidak dapat keluar disebabkan jalan sudah dinaiki air sehingga paras pinggang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanap­un, beliau berkata sembilan rumah yang terdapat di lorong berkenaan adalah selamat daripada banjir.

Ramad menambah, kawasan jalan yang dinaiki air adalah berpunca dari Sungai Endap.

“Kami tidak dapat menyeberan­gi jalan yang banjir itu, termasuk kenderaan kerana paras air yang dalam dan arus sangat deras,” katanya.

Beliau juga berkata setakat jam 3 petang semalam, paras air masih belum surut menyebabka­n semua penduduk di lorong berkenaan terkandas.

Sementara itu, penduduk di Kampung Sentah, Siburan turut terputus hubungan sementara disebabkan jalan utama mereka ditimbus tanah runtuh.

Ketua Kampung Sentah Nonima Benyi ketika dihubungi berkata tanah runtuh tersebut berlaku pada petang kelmarin disebabkan hujan tanpa henti yang melanda sejak dua hari lalu.

“Sekarang sudah selesai, penduduk kampung bergotong-royong membersihk­an tanah dari atas jalan yang terjejas,” katanya.

Manakala di Tanjung Durian, Bau, sebuah rumah hampir rebah ke dalam Sungai Sarawak Kanan apabila tanah di bahagian dapur rumah yang terletak di tebing sungai itu runtuh.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Serembu Miro Simuh berkata beliau sedang memantau keadaan rumah yang terjejas itu, termasuk menasihati penghuniny­a agar berwaspada ekoran hujan tanpa henti yang melanda sekarang boleh menyebabka­n runtuhan semula berlaku.

“Ada sedikit berlaku tebing runtuh di belakang rumah penduduk di Tanjung Durian namun setakat ini, kami hanya memantau keadaan bersama Pejabat Daerah Bau, bomba serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM),” katanya ketika dihubungi.

Selain itu, Miro juga telah turun padang bagi memantau kawasan di konstituen­sinya yang berisiko banjir terutama di Krokong, Siniawan dan Keranji.

“Setakat ini, paras air masih terkawal dan berada dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.

 ??  ?? PRIHATIN: Dr Abdul Rahman menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir semasa mengadakan lawatan, malam kelmarin.
PRIHATIN: Dr Abdul Rahman menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir semasa mengadakan lawatan, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia