Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas jamin insiden kenderaan rosak selepas isi minyak tidak akan berulang

-

KUCHING: Petronas meyakinkan pengguna bahawa insiden yang menyebabka­n kerosakan kenderaan selepas mengisi minyak RON95 di stesen minyak di Samarindah, Kota Samarahan tidak akan berulang.

Perkara tersebut dimaklumka­n selepas satu siasatan dan ujian terperinci dijalankan mendapati satu sahaja tangki bagi produk RON95 telah dimasuki air dan tidak melibatkan produk lain di stesen yang sama.

“Ini adalah kes terpencil. Tindakan segera telah diambil bagi melindungi kepentinga­n para pelanggan.

“Sehubungan itu, penjualan produk RON95 akan dihentikan sementara waktu sehingga kerja- kerja baik pulih selesai,” kata kenyataan akhbar Petronas semalam.

Pihaknya juga telah menghantar kenderaan para pelanggan yang terlibat ke bengkel berhampira­n dengan membiayai kos penyelengg­araan dan pembayaran balik kos bahan api.

Petronas memohon maaf atas kesulitan tersebut serta menghargai maklum balas pihak pelanggan bagi memperbaik­i mutu perkhidmat­an di semua stesen minyaknya di sini.

Untuk sebarang aduan atau maklumat, hubungi ejen khidmat pelanggan di talian hotline 1-300-88-8181 atau e-mel mesralink@petronas. com.my.

Pada hari Sabtu lepas, beberapa kenderaan kelihatan berhampira­n stesen itu menjadi viral di platform media sosial dengan paparan reaksi marah oleh pelanggan yang tidak berpuas hati.

Lantas, Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sarawak telah mengesahka­n kejadian itu selepas memeriksa dengan salah seorang pegawai pemasaran Petronas berikutan penyiaran media sosial tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia