Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak untuk memastikan manfaatnya dinikmati

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Fokus menambah baik kemudahan dan infrastruk­tur asas di kawasan luar bandar kini giat dijalankan kerajaan.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Teng Ung Woo berkata, usaha itu memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak bagi memastikan ia dapat memberi manfaat kepada rakyat.

“Kerajaan Barisan Nasional ( BN) memberi tumpuan terhadap pembanguna­n dan kerja- kerja menaik taraf kemudahan asas di semua kawasan negeri ini melibatkan jalan raya, bekalan air bersih, elektrik dan sekolah.

“Justeru, setiap tahun kerajaan memperuntu­kkan bajet besar memastikan setiap rakyat dapat menikmati pelbagai kemudahaan dengan selesa,” katanya pada lawatan kerja ke kawasan Meradong di sini semalam.

Teng berkunjung ke Rumah Jerome untuk meninjau kampung terbabit yang menghadapi masalah bekalan air bersih bersama Pegawai Jabatan Bekalan Air Luar Bandar ( JBALB) Sarikei Chieng Kuok Hieng.

Beliau turut menyampaik­an sumbangan melalui program ‘Touch Point’ kepada penduduk Rumah Jerome, Meradong.

Menurut Teng, program transforma­si dilaksanak­an kerajaan terbukti membawa banyak manfaat kepada penduduk luar bandar.

“Semua perancanga­n dilaksanak­an itu merupakan usaha kerajaan merapatkan jurang pembanguna­n dan kemajuan di antara bandar dengan luar bandar,” jelasnya.

Situasi ini membuktika­n kerajaan BN bersunguhs­ungguh untuk memperjuan­g nasib dan hak semua kaum tanpa mengira fahaman politik mereka.

“Kepimpinan seperti ini sewajarnya kita sokong demi kebaikan dan manfaat semua pihak khususnya penduduk luar bandar,” katanya.

 ??  ?? DERMA: Elias ( dua kanan) menghulurk­an sumbangan derma daripada DTTG kepada salah seorang ahli keluarga mendiang sambil disaksikan Philip (empat kiri) dan Peter (kanan) di Miri semalam.
DERMA: Elias ( dua kanan) menghulurk­an sumbangan derma daripada DTTG kepada salah seorang ahli keluarga mendiang sambil disaksikan Philip (empat kiri) dan Peter (kanan) di Miri semalam.
 ??  ?? TURUN PADANG: Teng meninjau masalah penduduk di kawasan Rumah Jerome, Meradong semalam.
TURUN PADANG: Teng meninjau masalah penduduk di kawasan Rumah Jerome, Meradong semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia