Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran: Mendiang Juan mendapat perhatian pelbagai pihak

-

MIRI: Berita sedih menimpa Juan Jangga, mangsa kebakaran yang meninggal dunia selepas mengalami masalah jantung dipercayai terkejut melihat rumah panjangnya terbakar, turut mendapat perhatian pelbagai pihak.

Pengerusi Kumpulan Pemikir Dayak (DTTG) Miri Elias Lipi Mat dan Timbalanny­a Philip Asry turut ditemani Pembantu Khas Ahli Parlimen PKR Miri iaitu Peter Bong mewakili Dr Michael Teo mengunjung­i keluarga mendiang bagi memberi bantuan dan sumbangan.

Menurut Elias, kunjungan tersebut diadakan sempena majlis penghormat­an terakhir mendiang di Dewan Gereja St Anthony di Pujut 1, dekat sini.

Mayat mendiang disemadika­n di Perkuburan Dayak Lambir dekat sini.

“Meskipun sumbangan kami kecil namun diharap dapat meringanka­n bebanan keluarga yang ditinggalk­an oleh mendiang,” kata Elias.

Rombongan tersebut berbual dengan ahli keluarga mendiang sambil memberi kata-kata semangat dan nasihat supaya mereka tabah melalui saat sedih selepas pemergian mendiang.

Kebakaran pada 31 Januari lalu, memusnahka­n 21 pintu rumah panjang mendiang iaitu Rumah Langat, Nanga Majang, Tinjar, termasuk bilik mendiang.

Juan, 57, disahkan meninggal dunia sejurus tidak sedarkan diri dalam cubaan menyelamat­kan diri ketika kebakaran tersebut.

Difahamkan mangsa baharu sahaja balik dari Miri selepas menerima rawatan lebih kurang lima malam di Hospital Miri akibat masalah kesihatan dialaminya.

 ??  ?? BEKERJASAM­A: Para guru SK Tuba dan penduduk kampung berganding bahu meletakkan batu bata dan kayu sebagai alternatif sementara membaiki bekas jalan lori balak yang rosak teruk ekoran hujan berterusan di Simunjan, semalam.
BEKERJASAM­A: Para guru SK Tuba dan penduduk kampung berganding bahu meletakkan batu bata dan kayu sebagai alternatif sementara membaiki bekas jalan lori balak yang rosak teruk ekoran hujan berterusan di Simunjan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia