Utusan Borneo (Sarawak)

Pendidik SK Tuba bantu penduduk baiki jalan

-

KUCHING: Warga pendidik dari Sekolah Kebangsaan ( SK) Tuba, Simunjan di sini, membantu penduduk kampung membaiki sementara jalan bekas lori balak di kawasan itu.

Jurucakapn­ya berkata, mereka bergotong- royong membaiki jalan itu kerana ia merupakan akses utama masyarakat luar untuk ke Kampung Tuba dan sekolah terbabit.

“Seramai 19 warga pendidik SK Tuba dan penduduk kam- pung melakukan kerja-kerja membaiki dengan meletakkan batu bata dan kayu di bekas jalan lori balak yang rosak teruk ekoran musim hujan,” katanya ketika menghubung­i Utusan Borneo di sini, semalam.

Meskipun sudah melakukan usaha sedemikian, beliau memohon pihak berkuasa mengambil tindakan susulan dengan membina jalan yang lebih baik di kawasan itu.

“Ini penting kerana sekiranya tidak diambil tindakan segera akan membahayak­an keselamata­n penduduk kampung selain warga pendidik dan murid di SK Tuba,” katanya.

Menurutnya, SK Tuba yang terletak 150 kilometer dari bandar raya Kuching hanya boleh dilalui menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda dengan perjalanan selama tiga jam.

“SK Tuba mempunyai 58 murid secara keseluruha­nnya termasuk anak- anak dari kampung berhampira­n iaitu Pendawan dan Plaie,” ujarnya. KUCHING: Kelab Kembara Anak Sarawak (KEMBARA) sekali lagi bakal menawan puncak Gunung Kinabalu dan Trusmadi serentak tahun ini.

Presiden KEMBARA Yusuf Buji berkata, ekspedisi menawan kedua-dua gunung itu akan dilakukan pada Mac depan dengan disertai seramai 25 pendaki daripada KEMBARA.

Beliau berkata, sejurus pendaki KEMBARA turun dari Gunung Kinabalu itu, mereka akan ke Trusmadi untuk menawan puncaknya pula.

“Pendakian kali ini begitu menarik dan mencabar di mana puncak Kinabalu dan puncak Trusmadi bakal ditawan oleh ahli kelab ini dalam satu ekspedisi yang akan bermula dengan pendakian Gunung Kinabalu dan diikuti Gunung Trusmadi selepas itu.

“Objektif kami mengadakan ekspedisi seperti ini kerana kami mahu merapatkan silaturahi­m, selain meningkatk­an lagi keyakinan diri dalam kalangan semua ahli KEMBARA yang ingin melakukan aktiviti mendaki seumpama inu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program memacak papan tanda puncak Bung Jagoi bersama Ketua Kampung Jagoi Dael Nagek dan wakil dari Kampung Plaman Jagoi Buow serta ahli KEMBARA di sini, semalam.

Selain ekspedisi itu kata Yusuf, kelab itu turut merancang mengadakan program menanam pokok gaharu di Rumah Manggat, Menyang Taih di Batang Ai, Lubok Antu pada Mac depan.

Katanya, program yang dianjurkan bersama Jabatan Hutan Sarawak itu bakal disertai 40 ahli KEMBARA.

“Program ini melibatkan aktiviti penanaman dan aktiviti kemasyarak­atan di kampung berkenaan.

“Semua peserta akan bermalam dan mengadakan aktiviti kemsyaraka­tan di sana,” katanya.

Samping itu, Yusuf berkata, antara program lain yang turut dirancang pada tahun ini ialah ekspedisi mendaki Mulu Pinnacles di Gunung Api dan Taman Negara Mulu di Miri yang bakal diadakan September nanti.

Terdahulu, Yusuf bersama ahli KEMBARA dan wakil penduduk Kampung Jagoi memacak papan tanda di puncak Bung Jagoi di Bau, semalam.

Program itu diadakan sebagai kempen kesedaran kepada orang ramai dalam menjaga kebersihan dan memelihara kawasan hutan khususnya Bung Jagoi.

 ??  ?? KEJAYAAN: Yusof merakam kenangan bersama ahli KEMBARA setelah berjaya memacak papan tanda di Gunung Bung Jagoi, Bau, semalam.
KEJAYAAN: Yusof merakam kenangan bersama ahli KEMBARA setelah berjaya memacak papan tanda di Gunung Bung Jagoi, Bau, semalam.
 ??  ?? TINJAU: Lau (berdiri, tiga kiri), Amping (dua kiri) dan Taip (dua kanan) meninjau program vaksin anti-rabies di pangkalan feri lama Nibong, Jalan Kong Yit Khim, Stabau, Jumaat lalu.
TINJAU: Lau (berdiri, tiga kiri), Amping (dua kiri) dan Taip (dua kanan) meninjau program vaksin anti-rabies di pangkalan feri lama Nibong, Jalan Kong Yit Khim, Stabau, Jumaat lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia