Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk luar bandar semakin menyedari kepentinga­n beri vaksin kepada anjing

-

SIBU: Sebanyak 129 anjing diberi vaksin di pangkalan feri lama Nibong, Jalan Kong Yit Khim, Stabau di sini Jumaat lalu.

Anjing itu dibawa oleh 49 pemiliknya yang mendapatka­n vaksin pada program vaksin anti-rabies.

Program sama turut diadakan di Pasar Jalan Tiong Hua dari jam 9 pagi hingga 4 petang Jumaat lalu.

Pada program vaksin itu, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Robert Lau sambil diiringi Ahli Majlis Kaunselor Frederick Taip Ledom dan Kaunselor Amping Ranggau meninjau tapak tersebut.

Lau memberitah­u, jumlah anjing divaksin itu menunjukka­n kesedaran ramai khususnya penduduk luar bandar.

“Kita amat menggalakk­an penduduk luar bandar menyertai program ini serta tidak melepaskan anjing mereka sembaranga­n.

“Kalau boleh, kurung dalam sangkar dan sebagainya bagi menjamin gejala ini tidak merebak,” katanya di sini kelmarin.

Program vaksin anti-rabies itu dijalankan di 29 lokasi berasingan di sini bermula 20 Januari lalu hingga hujung bulan ini.

Menurutnya, lokasi seterusnya di pasar Jalan Tiong Hua (kelmarin) dan semalam (Ahad), program dijalankan di Perpustaka­an Awam Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dari jam 9 pagi hingga 2 petang.

Bagi maklumat mengenai lokasi program, orang ramai boleh menghubung­i 0138077964/084-310808.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia