Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan ambil paket kopi pracampura­n daripada orang yang tidak dikenali

-

GEORGE TOWN: Kementeria­n Kesihatan semalam menasihati orang ramai supaya tidak mengambil paket minuman kopi pracampura­n yang diberikan orang yang tidak dikenali kerana dibimbangi mengandung­i dadah, kata menterinya Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau mengesahka­n ujian analisis ke atas sampel kopi pracampura­n itu mendapati ia mengandung­i bahan kimia psikoaktif iaitu sejenis dadah, yang diberikan oleh orang yang tidak dikenali kepada dua lelaki Nepal sehingga menyebabka­n mereka mengalami gejala letih yang teruk selepas meminumnya.

“Sebelum ini, kami menerima lima pesakit dan semalam (kelmarin) dua lagi kes yang sama juga. Mereka menerima kopi daripada orang yang tidak dikenali dan mempunyai simptom yang sama, nampaknya semacam ada sindiket. Mereka memberi paket berisi kopi yang mengandung­i dadah.

“Orang ramai mesti berhati-hati, jangan terima sebarang benda daripada orang yang tidak dikenali. Kami akan siasat termasuk menganalis­is manakala di pihak polis perlu siasat untuk mengetahui mengenai sumber daripada mana dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pusat rawatan perubatan holistik, di sini semalam.

Seramai lima individu termasuk dua wanita mendapatka­n rawatan di Hospital Pulau Pinang sejak Ahad hingga Selasa selepas mengalami gejala letih dan lemah yang teruk malah ada yang tidak sedarkan diri selepas dipercayai minum sejenis kopi.

Mereka yang berusia 19 hingga 62 tahun ditahan di wad untuk pemerhatia­n dan menjalani beberapa ujian.

Tiga daripada mereka sudah dibenarkan pulang selepas keadaan mereka bertambah baik.

Dr Subramania­m berkata pihaknya menjalanka­n siasatan di semua peringkat termasuk kilang dan pengeluara­n kopi terbabit.

Ditanya sama ada pihak kementeria­n akan menarik balik semua paket kopi itu yang berada di pasaran, beliau berkata, tiada bukti yang menunjukka­n kopi yang dikeluarka­n dari kilang terbabit mengandung­i bahan terlarang.

“Jadi, sehingga kami menyelesai­kan siasatan, kami menasihati orang ramai supaya berhati- hati. namun kami tidak berhasrat untuk menarik balik kopi yang berada di pasaran sehingga kami mendapat bukti kukuh untuk menunjukka­n bahawa pengeluarn­ya bersalah,” katanya.

Sementara itu mengenai kes rabies di Sarawak, Dr Subramania­m berkata, kementeria­n mengalu-alukan langkah Jabatan Veterinar untuk mewujudkan zon bebas rabies khususnya di sempadan Kalimantan dengan memastikan anjing-anjing di kawasan itu telah menerima vaksin.

“Ini sangat mustahak kerana kita tahu daripada butiran, peratusan anjing di kawasan itu mempunyai virus rabies yang tinggi. Dulu vaksin tidak sampai kepada semua anjing di kawasan itu, jadi langkah ini akan membawa kepada pengawalan yang lebih baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia