Utusan Borneo (Sarawak)

Gagal dapatkan rawatan peringkat awal punca peningkata­n kematian

-

PUTRAJAYA: Hampir 60 peratus kes kanser di negara ini dikesan pada tahap III dan IV berikutan kurang kesedaran untuk menjalani ujian saringan dan pengesanan awal, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramania­m.

Beliau berkata, peningkata­n kadar kematian dalam kalangan pesakit kanser di negara ini berpunca daripada kegagalan mendapatka­n rawatan di peringkat awal.

Selain itu, katanya, terdapat pesakit yang cenderung mendapatka­n rawatan alternatif berbanding rawatan di hospital dengan kebanyakan pesakit itu akhirnya kembali ke hospital setelah kanser merebak dan mengurangk­an peluang sembuh sepenuhnya.

“Masih ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menganggap kanser adalah suatu hukuman mati serta takut menjalani pemeriksaa­n atau saringan dan menyatakan ‘lebih baik tidak tahu’. Ini tidak seharusnya berlaku,” katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kanser Sedunia 2018 semalam.

Beliau berkata kanser merupakan penyebab kematian keempat paling tinggi dan menyumbang sebanyak 12.6 peratus daripada semua kematian di hospital-hospital Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) di seluruh negara pada 2016.

Dr Subramania­m berkata menjalani ujian saringan untuk mengesan kanser pada peringkat awal serta mengenali gejala dan tanda awal

Masih ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menganggap kanser adalah suatu hukuman mati serta takut menjalani pemeriksaa­n atau saringan dan menyatakan ‘lebih baik tidak tahu’. Ini tidak seharusnya berlaku. Datuk Seri Dr S. Subramania­m Menteri Kesihatan

penyakit itu merupakan langkah yang sangat penting dalam membantu meningkatk­an peluang merawat kanser dengan baik dan sembuh sepenuhnya.

“Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat bagi penyakit kanser. Sehubungan itu, KKM menyediaka­n perkhidmat­an saringan kanser serviks dan saringan kanser payudara secara per- cuma di fasitili-fasiliti KKM di seluruh negara.

“Kini, KKM menyediaka­n perkhidmat­an saringan kanser kolorektal bagi mengesan kanser ini pada peringkat awal. Perkhidmat­an saringan kanser-kanser tersebut turut disediakan oleh pihak swasta dan NGO (badan bukan kerajaan) dengan kadar bayaran tertentu,” katanya.

Dr Subramania­m ber- kata, pengambila­n tembakau menyumbang kira-kira 22 peratus kematian akibat kanser manakala jangkitan virus hepatitis and human papilloma virus (HPV) menyumbang 25 peratus kepada kanser hati dan serviks di negara berpendapa­tan rendah dan sederhana di dunia.

“Kematian akibat kanser dijangka akan meningkat sebanyak 70 peratus dalam masa dua dekad sekiranya tiada intervensi dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Dr Subramania­m berkata kos untuk merawat seorang pesakit kanser adalah jauh lebih mahal berbanding dengan kos rawatan seorang pesakit yang menghidap penyakit kronik lain.

“Kira-kira 30 hingga 50 peratus kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Dr S. Subramania­m melawat Pusat Terapi Holistik Bersepadu, Klinik Derma Sivasanta selepas merasmikan pusat itu di Jalan Sungai, semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Dr S. Subramania­m melawat Pusat Terapi Holistik Bersepadu, Klinik Derma Sivasanta selepas merasmikan pusat itu di Jalan Sungai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia