Utusan Borneo (Sarawak)

KR1M 2.0 tawar 50 barangan berjenama dengan harga lebih murah

-

TEMERLOH: Sebanyak 50 jenis barangan keperluan harian berjenama dijual lebih murah berbanding harga pasaran merupakan antara ciri pembaharua­n yang dibawa menerusi Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M) 2.0.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia antara penambahba­ikan yang dilakukan terhadap Program KR1M yang diperkenal­kan sejak 2011 selepas mengkaji kelemahan- kelemahann­ya berdasarka­n maklum balas rakyat.

“Ada beberapa perubahan dari segi ciri KR1M terdahulu yang mana sebelum ini kita melaksanak­annya di kedai yang khusus sahaja.

“Namun kali ini kita melaksanak­annya di kedai yang menjadi rakan kongsi kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an iaitu Tunas Manja Group (TMG),” ka- tanya.

“Kita juga telah menentukan untuk tidak lagi menjual barangan tidak berjenama kerana hasil maklum balas kita dapati rakyat lebih berminat dengan yang mempunyai jenama.

“Sebab itu kita kekalkan barangan berjenama tetapi dengan harga yang lebih murah berbanding pasaran,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan KR1M 2.0 di pasar raya TMG, di sini semalam.

Menurut Najib, KR1M 2.0 juga menyasarka­n membuka 300 outlet di rangkaian pasar raya TMG serta KK Super Mart yang menjadi rakan strategik Perbadanan Nasional Berhad (PNS), pengendali induk KR1M 2.0 itu, menjelang hujung tahun ini.

“Kita menyasarka­n lebih 3,000 kedai KR1M 2.0 dibuka di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun dengan jumlah barangan dijual dengan harga murah juga meningkat,” katanya.

Beliau berkata, berbanding sebelum ini, model perniagaan baharu KR1M 2.0 mengamalka­n dasar yang lebih terbuka dan berdaya saing serta memberi peluang kepada lebih ramai pemilik perniagaan kedai runcit menyertain­ya.

Pada masa sama Najib berkata, sebagai permulaan kedai KR1M 2.0 juga akan menjual empat jenis barangan keperluan asas lebih rendah daripada harga pasaran.

Barangan itu adalah gula yang djual pada harga RM2.85 sekilogram ( kg) berbanding RM2.95 di kedai biasa, tepung pada harga RM1.30 berbanding RM1.35, beras cap Bunga Raya seberat 10kg pada RM24.90 berbanding RM26, manakala minyak untuk sekilogram masih di- jual dengan RM2.50 kerana telah diberikan subsidi oleh kerajaan.

Katanya, tidak ketinggala­n barangan keperluan harian berjenama lain seperti serbuk minuman Milo satu kilogram dan lampin pakai buang ‘Pampers’ yang dijual lebih murah berbanding harga pasaran.

“Inisiatif kerajaan ini akan beri banyak manfaat kepada rakyat dan rakyat boleh buat perbanding­an dengan kedai biasa…saya harap kalau nak jimat berbelanja kita mesti menjadi pengguna yang bijak dan berhemah.

“Pergilah ke kedai yang jadi rakan kongsi KR1M 2.0 ini dan ia akan beri keuntungan bukan sahaja kepada pembeli tetapi juga kepada pekedai yang mengambil bahagian dalam skim ini kerana mereka mendapat pelanggan yang lebih ramai berbanding sebelum ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LEBIH MURAH: Najib menunjukka­n ikan kembung segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) ketika merasmikan kedai pertama, semalam.
— Gambar Bernama LEBIH MURAH: Najib menunjukka­n ikan kembung segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) ketika merasmikan kedai pertama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia