Utusan Borneo (Sarawak)

HSR: Kementeria­n Pendidikan tinggi alualukan kerjasama dari pelbagai pihak

-

MELAKA: Kementeria­n Pendidikan Tinggi mengalualu­kan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam Projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) bagi meningkatk­an kepakaran dan kemahiran pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Menteri berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerjasama sedemikian dapat mengembang­kan bidang kemahiran pelajar IPT serta memberi kebaikan kepada negara dalam jangka masa panjang.

“Sistem pendidikan kita terbuka. Jadi, apa sahaja kerjasama yang kita rasa patut dilakukan oleh senat universiti kerana selaras dengan kehendak industri negara, kita amat galakkan,“katanya kepada pemberita pada Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) 2018 di Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka ( MITC), Ayer Keroh semalam.

Idris berkata, selain HSR yang merupakan projek insfrastru­ktur terbesar di Asia Tenggara, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) juga membuka pelbagai bidang kemahiran yang baharu dan memerlukan tenaga pakar yang ramai.

Seiring dengan hasrat kerajaan menaik taraf hidup rakyat ke fasa lebih tinggi, beliau berkata peluang yang wujud daripada kerjasama berkenaan mampu mengubah cara dan budaya hidup masyarakat ke arah yang lebih baik.

“Apa sahaja bentuk kerjasama yang memberi impak positif kepada IPT di negara ini, pihak kementeria­n akan sentiasa memberi sokongan dan galakan kerana ia merupakan peluang keema- san yang perlu digarap oleh semua pelajar dan tenaga pengajar,” katanya.

Baru- baru ini, Bernama melaporkan bahawa Jepun menyasarka­n tiga universiti tempatan sebagai rakan mewujudkan pusat- pusat latihan bagi melahirkan tenaga kerja mahir bagi projek HSR dan langkah itu juga menjadi teras pemindahan teknologi dan pelan pembanguna­n modal insan dari Jepun, sekiranya negara itu memenangi bidaan projek HSR.

Tiga universiti berkenaan ialah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Ketiga- tiga universiti itu dipilih kerana terletak di dalam jajaran HSR. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia