Utusan Borneo (Sarawak)

CSSAS kini bertukar nama kepada SICTA

-

SIBU: Persatuan Jualan dan Perkhidmat­an Komputer Sarawak (CSSAS) telah bertukar nama menjadi Persatuan Teknologi Maklumat Sarawak (SICTA).

Pengerusin­ya Wong Chi Tieng berkata, nama baharu persatuan mendapat kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 6 Disember 2017.

“Sebab utama menukar nama persatuan adalah untuk lebih menggambar­kan komposisi ahli yang kini terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri berkaitan telefon bimbit dan teknologi maklumat,” jelasnya.

Menurut Wong, persatuan mengalu-alukan penyertaan syarikat ICT di Sarawak menjadi ahli biasa dengan kelayakan mengundi dan individu yang mempunyai kelayakan dalam ICT untuk menjadi ahli persatuan.

“Kita juga akan membuka laman sesawang rasmi baharu persatuan www.sicta. org.my.

“Laman sesawang semasa masih lagi www.cssa.com. my,” jelasnya pada Majlis Makan Malam Tahunan SICTA di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Majlis makan malam tersebut disempurna­kan Tiong Sie Keong yang mewakili Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) Datuk Tiong Thai King.

Woong berkata, persatuan membuka penyertaan kepada ahli untuk mengambil bahagian dalam pertanding­an mencipta logo baharu persatuan.

“Logo yang dicipta perlu mempunyai perkataan SICTA tanpa mengira bentuk dan warna yang dipilih.

“Tarikh akhir penyertaan adalah pada 28 Februari ini,” katanya.

“Pemenang bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

“Peserta boleh menghantar logo ciptaan mereka menerusi e-mel kepada kimsemglee@ gmail.com pada atau sebelum 28 Februari,” ujarnya.

Sementara itu, Wong berkata, jawatankua­sa pusat memutuskan untuk menganjurk­an Konvensyen Ekonomi Digital Sarawak 2018 di The Waterfront Hotel, Kuching pada 15 Ogos depan.

“Penganjura­n konvensyen ini selaras inisiatif kerajaan negeri untuk mempromosi­kan ekonomi digital di Sarawak.

“Ahli persatuan digalakkan mengambil bahagian pada konvensyen ini untuk meningkatk­an penguasaan teknologi terkini agar kekal relevan dengan perkembang­an semasa.

“Untuk kekal bersaing dalam arus perubahan zaman globalisas­i adalah penting bagi kita memanfaatk­an teknologi digital,” jelasnya.

 ??  ?? TAHNIAH: Para pemenang pertanding­an boling SICTA merakam kenangan pada Majlis Makan Malam Tahunan SICTA.
TAHNIAH: Para pemenang pertanding­an boling SICTA merakam kenangan pada Majlis Makan Malam Tahunan SICTA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia