Utusan Borneo (Sarawak)

Pasangan warga emas terselamat insiden kebakaran

-

KUALA NERUS: “Makcik ingat makcik akan pergi dahulu dijemput Ilahi tapi tak sangka pula rumah yang pergi dahulu,” kata seorang warga emas apabila rumah yang didiami rumah sejak lahir musnah terbakar pagi semalam.

Fatimah Besar, 84, dan suami, Muhammad Nor Othman, 94, hanya menyedari kejadian pada jam 9.30 pagi itu apabila menantu mereka Ziyana Mohd Ariffin, 38, menjerit meminta keduaduany­a keluar dari rumah kerana bilik tidur mula dimamah api.

Pasangan warga emas yang sedang berehat di beranda itu berjaya menyelamat­kan diri daripada kebakaran yang memusnahka­n keseluruha­n rumah mereka yang didiami bersama tujuh anggota ke- luarga di Kampung Kubur, Batu Rakit, di sini, pagi semalam.

Fatimah yang agak uzur serta mengalami masalah penglihata­n pada mulanya menghadapi kesukaran untuk turun dari rumah, hinggalah anaknya yang tinggal berhampira­n membantu membawanya keluar.

Sementara itu, Ziyana berkata ketika kejadian suaminya Zamzuri Mohd Nor, 41, keluar bekerja dan beliau sedang menjemur pakaian di luar rumah, sebaik selesai serta masuk kembali beliau terkejut melihat api sedang marak di bilik tidurnya.

“Apa yang terlintas dalam fikiran saya ketika itu hanyalah untuk menyelamat­kan nyawa ibu bapa mentua dan anak lelaki saya berusia tiga tahun yang berada di dalam rumah.

“Walaupun kini kami semua tinggal sehelai sepinggang, namun saya bersyukur kerana semuanya selamat,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba Rozizah Abnihajar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.35 pagi dan dengan kekuatan 15 anggota bomba serta dua jentera, telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pihak bomba mengambil masa 15 minit sebelum berjaya memadamkan keseluruha­n kebakaran, walaupun mengalami sedikit kekangan akibat tiupan angin kencang. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUSNAH: Mangsa kebakaran Zamzuri mencari barangan berharga selepas rumah yang didiaminya bersama sembilan anggota keluarga terbakar di Batu Rakit semalam.
— Gambar Bernama MUSNAH: Mangsa kebakaran Zamzuri mencari barangan berharga selepas rumah yang didiaminya bersama sembilan anggota keluarga terbakar di Batu Rakit semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia