Utusan Borneo (Sarawak)

Najib lancar FELDA 2.0 di Lurah Bilut

Mentransfo­rmasi, beri wajah baharu 317 kawasan tanah rancangan

-

BENTONG: FELDA melakar satu lagi sejarah penting dengan pelancaran FELDA 2.0 di FELDA Lurah Bilut di sini, semalam iaitu satu inisiatif untuk mentransfo­rmasi dan memberi wajah baharu kepada 317 kawasan tanah rancangan FELDA di negara ini.

Inisiatif baharu yang dilancarka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu bukan sahaja memberi fokus untuk mewujudkan komuniti FELDA yang pintar, mampan dan berdaya tahan tetapi juga lestari dari segi ekonomi serta alam sekitar.

FELDA 2.0 adalah satu inisiatif menekankan strategi atau pendekatan ‘terbuka dan terhubung’ yang membawa lonjakan dalam komuniti FELDA bersesuaia­n dengan kemudahan-kemudahan teknologi semasa dan memenuhi aspirasi masa depan.

FELDA Lurah Bilut dipilih menjadi perintis kepada program berkenaan berikutan ia signifikan kepada sejarah FELDA kerana kawasan penempatan yang dibuka pada 1958 itu merupakan rancangan pembanguna­n tanah secara berkelompo­k untuk pertanian yang pertama dibuka di negara ini.

Lembah di Banjaran Titiwangsa itu telah melalui pembanguna­n yang pesat dengan pelbagai kemudahan, malah pada November tahun lepas, ia turut diiktiraf sebagai tanah rancangan pertama menjadi bandar pintar menerusi projek Lembah Digital Bilut, yang merupakan projek perintis di bawah inisiatif FELDA 2.0.

Bagi tahun ini, sebanyak lima tanah rancangan FELDA akan dipilih untuk ditransfor­masikan menerusi inisiatif itu dan 10 lagi tanah rancangan akan dipilih bagi tahun depan.

FELDA memperuntu­kkan RM10 juta bagi mentransfo­rmasi setiap tanah rancangan yang dipilih serta turut menarik penyertaan pelbagai agensi lain termasuk pihak swasta.

Pada majlis yang sama, Najib juga melancarka­n projek Lembah Digital Bilut yang bakal memberi manfaat kepada lebih 6,000 penduduk FELDA Lurah Bilut untuk menikmati taraf kehidupan sama seperti di bandar bermula dengan dengan pembanguna­n infrastruk­tur serta modal insan.

Projek itu juga membolehka­n penduduk menggunaka­n Internet berkelajua­n tinggi, iaitu sehingga sehingga 100Mbps, sekali gus membuka peluang ekonomi, khususnya dalam aspek usahawan digital, pertanian moden serta ekopelanco­ngan kepada penduduk setempat.

Terdahulu, perdana menteri turut meluangkan masa melawat projek infrastruk­tur yang telah dinaik taraf dan dibangunka­n di tanah rancangan itu iaitu Kedai D’ Mart, Titian Razak, Ruang Kerja Bersama serta Mural Gergasi.

Beliau turut menyerahka­n replika cek Insentif Peneroka Sifar Hutang Pembanguna­n dan Tanam Semula berjumlah RM47.17 juta yang yang merupakan satu insentif membantu peneroka.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Ahli Parlimen Bentong. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELANCARAN: Najib melawat Titian Razak sempena Pelancaran FELDA 2.0 di Felda Lurah Bilut, Bentong, semalam.
— Gambar Bernama PELANCARAN: Najib melawat Titian Razak sempena Pelancaran FELDA 2.0 di Felda Lurah Bilut, Bentong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia