Utusan Borneo (Sarawak)

PAS muktamad senarai calon PRU14

-

KEPALA BATAS: PAS sudah memuktamad­kan senarai calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14), kata presidenny­a Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata senarai nama calon itu, yang dikemukaka­n PAS negeri, telah diluluskan Majlis Syura Ulama tiga minggu lepas.

“Mungkin ramai (calon) muka baharu sebab (calon) lama dah berusia. Kami juga akan kemukakan ramai calon muda termasuk wanita dan bukan Islam,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Dialog Bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan ( NGO) India di sini, semalam.

Beliau berkata setakat ini, PAS memutuskan untuk bertanding di 130 kerusi Parlimen.

“...mungkin banyak lagi (kerusi). Kita akan bertanding di kawasan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bertanding,” katanya.

Abdul Hadi berkata sehingga kini, PAS telah mengumpulk­an puluhan badan bukan kerajaan dan tiga parti politik iaitu Parti Cinta Malaysia (PCM), Parti Ikatan Bangsa Malaysia ( Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) di bawah Gagasan Sejahtera.

Ditanya mengenai kerusi yang bakal ditandingi PAS di Pulau Pinang, Abdul Hadi berkata pihaknya akan melihat kewajaran dan kekuatan parti itu di kawasan- kawasan tertentu.

Sementara itu, Pesuruhjay­a PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusof yang turut hadir pada program itu, berkata nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir Datuk Mohd Salleh Man tidak disenaraik­an sebagai calon PAS Pulau Pinang pada PRU14.

“Kita merehatkan dia daripada bertanding dalam PRU14. Sudah menjadi amalan kepada kita mana-mana ( nama calon) kita angkat kepada Majlis Syura Ulama itulah yang dipilih. Jadi, nama dia kita tak angkatlah sebab kita tak memilih dia untuk bertanding,” katanya semasa ditanya mengenai kedudukan Mohd Salleh dalam parti itu.

Bagaimanap­un, katanya, wakil rakyat tunggal PAS di Pulau Pinang itu masih kekal sebagai anggota PAS.

Mohd Salleh ketika dihubungi berkata beliau akan terus bersama rakyat dan melaksanak­an kebajikan mengikut kemampuann­ya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia