Utusan Borneo (Sarawak)

DAP ada agenda peribadi: Pemuda MCA

-

KOTA TINGGI: Sebanyak 650 keluarga kurang berkemampu­an dalam kawasan Parlimen Tenggara semalam menerima sumbangan hamper makanan dan duit raya daripada Pusat Khidmat Anggota Parlimen Tenggara.

Ahli Parlimen Tenggara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata sumbangan itu merupakan program tahunan setiap kali tibanya musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, sumbangan itu bertujuan meringanka­n beban perbelanja­an selain menceriaka­n golongan berkenaan sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

“Senarai penerima kali ini diperolehi daripada kepimpinan parti MCA dan Gerakan selain kepimpinan masyarakat Tionghua yang ada.

Program ini membuktika­n keprihatin­an kerajaan dalam memelihara kebajikan rakyat sekali gus mewujudkan ke- harmonian antara kaum dan meraikan semangat muhibah dalam kalangan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas penyampaia­n sumbangan berkenaan.

Turut hadir, Timbalan Speaker Negeri Johor merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri Panti Datuk Baderi Dasuki, Pengerusi MCA Tenggara Gan Ong Pin dan Pengerusi Gerakan Tenggara, Albert Teo. — Bernama IPOH: Pergerakan Pemuda MCA Perak menganggap DAP sebagai parti yang hipokrit kerana memilih Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan.

Ketua Pemudanya, Ting Tai Fook berkata ini kerana DAP merupakan parti yang lantang mempertika­i kewibawaan Dr Mahathir ketika memerintah negara selama 22 tahun.

“Dulu DAP cakap Mahathir diktator, perasuah, kronisme rasis dan seingat saya Lim Kit Siang pernah cakap kalau kita beri lagi peluang Mahathir memerintah, negara akan bankrap.

“Sekarang? Mengapa dia sokong Mahathir untuk jadi perdana menteri? Di mana prinsip DAP? Saya lihat sekarang dalam keadaan tidak menentu dan lupa dengan perjuangan mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Agung Pemuda MCA Perak 2018, di sini semalam.

Menurut beliau, perjuangan DAP menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) juga hanya akan bertumpu kepada agenda peribadi semata- mata dan bukannya untuk menegakkan kepentinga­n rakyat.

“Banyak pemimpin DAP sekarang ini, ibarat macam orang yang ada tempat duduk tapi takut tempat duduk itu dirampas. Jadi, mereka sanggup lupakan asal usul dan perjuangan parti demi kepentinga­n politik diri dan bukan rakyat Malaysia,” katanya.

Ting turut menyifatka­n gabungan Pakatan Harapan yang dibentuk parti pembangkan­g tidak kukuh kerana masing-masing berbeza pendapat dan mempunyai agenda tersendiri.

“Ditambah pemilihan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri, ia menjadi perdebatan di kalangan ahli dan pimpinan mereka dan saya yakin gabungan itu akan gugur pada bila-bila masa,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau turut meminta semua pengundi terutama kaum Cina menyokong Barisan Nasional (BN) yang terbukti membawa pembanguna­n selain kemajuan kepada rakyat dan negara.

“Ikut mereka ( Pakatan Harapan) hanya bawa anda ke dalam kegelapan. Jika tak mahu perkara itu berlaku, undi BN yang diakui telah banyak membawa perubahan dari sudut pembanguna­n dan kemajuan negara sejak memerintah lebih 60 tahun hingga kini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia