Utusan Borneo (Sarawak)

Shubhankar cipta kejutan juara kejohanan Maybank

-

PETALING JAYA: Pemain muda India, Shubhankar Sharma mencipta kejutan apabila melakukan catatan terendah 10 bawah par 62 pada hari penentuan untuk muncul juara Kejohanan Golf Maybank 2018 di Kelab Golf and Country Saujana di Subang, semalam.

Pukulan birdie pada dua lubang terakhir membantu pemain berusia 21 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai AS$500,000 ( kira- kira RM2 juta) selaku juara, dengan kelebihan dua pukulan mengatasi pencabar terdekat Jorge Campillo dari Sepanyol.

Shubhankar mencatat jumlah keseluruha­n 21 bawah par 267 selepas empat pusingan pada kejohanan bernilai AS$3 juta (kira-kira RM11.6 juta) itu, manakala pemain New Zealand, Ryan Fox dan Pablo Larrazabal dari Sepanyol berkongsi di tempat ketiga selepas masing-masing melakukan keseluruha­n 18 bawah par 270.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Datuk Abdul Farid Alias dan Pengerusi Maybank Datuk Mohaiyani Shamsudin.

Ketinggala­n empat pukulan di belakang pendahulu sebelum pusingan akhir hari ini, pemain muda India itu bangkit mempamerka­n aksi konsisten dalam keadaan cuaca panas dan berangin dengan melakukan pukulan cemerlang untuk merangkul kejuaraan edisi ketiga kejohanan berkenaan.

“Saya gembira kerana tidak melakukan sebarang bogey pada aksi hari ini dan cukup berpuas hati dengan pencapaian tersebut. Saya berjaya melakukan pukulan cemerlang pada dua lubang terakhir dan ia sesuatu yang hebat buat saya,” kata Shubhankar yang beralih menjadi pemain profesiona­l pada 2013.

“Saya bermain cukup baik dan bukan mudah beraksi dalam keadaan berangin. Saya terus berusaha sepanjang saingan ini. Saya tahu harus melakukan banyak birdie untuk bersaing dengan pendahulu. Saya banyak melakukan birdie pada sembilan lubang pertama dan terus melakukann­ya pada sembilan lubang kedua.

“Sejujurnya, saya tidak memikirkan tentang carta kedudukan. Saya hanya menetapkan sasaran dan berusaha mencapainy­a. Pada lubang ke-13, saya tahu saya semakin menghampir­i pendahulu dan pada lubang ke-16 saya sudah mendahului dua pukulan. Saya memberitah­u diri sendiri, jika dapat melakukan dua lagi birdie, itu akan memberi peluang baik kepada saya untuk muncul pemenang,” katanya.

Kejayaan muncul juara pada Kejohanan Maybank itu adalah kedua bagi Shubhankar pada kejohanan yang diiktiraf Jelajah Asia dan Jelajah Eropah, selepas memenangi Terbuka Joburg, Disember lepas.

Pencapaian­nya itu juga melonjakka­n beliau di tempat teratas dalam Kedudukan ‘Habitat for Humanity’ Jelajah Asia dan ‘Race to Dubai’ pada Jelajah Eropah.

“Kehidupan saya berubah sejak dua bulan lepas. Saya menjadi anggota Jelajah Asia buat sementara dan saya akan terus menjadi anggota Jelajah Asia. Saya sentiasa mengidamka­n kemenangan dan kini saya sudah dua kali muncul sebagai pemenang dalam Jelajah Asia dan Jelajah Eropah,” katanya.

Sementara itu, Campillo yang berkongsi kedudukan selaku pendahulu semalaman, bermula cemerlang melakukan eagle pada lubang pertama dan menamatkan saingan dengan catatan 68, sekali gus mengumpul keseluruha­n 269 pukulan.

“Saya bermula dengan baik pada lapan lubang pertama, kemudian terlepas peluang pada lubang kesembilan. Selepas itu saya bangkit dan berpeluang melakukan birdie. Saya menamatkan saingan pada kedudukan yang baik dan saya gembira dengan pencapaian itu.

“Beraksi dalam keadaan berangin agak sukar. Bukan mudah mengatasi pemain yang melakukan 10 bawah par. Saya terus berusaha dan berada di kedudukan kedua banyak kali. Apa pun saya gembira dengan keputusan tersebut,” kata Campillo. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia