Utusan Borneo (Sarawak)

Mos bergelar juara ‘Sunday Speed Tamiya Mini 4wd Fun Race’

-

KUCHING: Abdul Muslim Sabang @ Mos bergelar juara ‘Sunday Speed Tamiya Mini 4WD Fun Race’ yang dianjurkan oleh Skanarush-X Mini 4WD Racing Team di Bau dekat sini.

Manakala di tempat kedua dimenangi Abang Badd dan Clement Dexter di tempat ketiga masing-masing membawa pulang trofi dan wang tunai.

Menurut penganjur, Jeffrey Lawai pihaknya menerima seramai 126 penyertaan daripada peminat sukan Tamiya seluruh kawasan Bau dan sekitarnya.

“Sukan Tamiya adalah aktiviti riadah yang sihat, bukan itu sahaja malah ia tidak akan pupus atau hilang begitu sahaja.

“Justeru, kita anjurkan pertanding­an ini supaya dapat menarik lebih ramai peminat baharu sukan Tamiya sambil memupuk semangat kesukanan kalangan masyarakat,” katanya ditemui di Dewan Masyarakat Kampung Merembeh, Bau.

Penganjur turut menerima penyertaan daripada warga emas berusia 52 tahun dan termuda sekitar 9 tahun. Semua pemenang membawa pulang trofi dan wang tunai.

Katanya, bersama dua lagi penganjur sukan yang sama iaitu Skiat Mini 4WD Team dan Huruhara Hobbies menganjurk­an lebih banyak pertanding­an Tamiya.

Bagaimanap­un, mereka yang berminat boleh mendapat maklumat terbaru berkenaan sukan itu di laman sosial Facebook yang dimuat naik setiap minggu.

Hari ini (4 Februari) akan diadakan pertanding­an Tamiya di Kampung Skiat Baru anjuran Skiat Mini 4WD Team.

Juara akan membawa pu- lang wang tunai RM150 dan trofi sementara tempat kedua menerima RM100 serta trofi dan ketiga meraih wang tunai RM50 serta trofi.

 ??  ?? TAHNIAH: Juara ‘Sunday Speed Tamiya Mini 4WD Fun Race’, Mos yang menyertai pertanding­an berlangsun­g di Bau.
TAHNIAH: Juara ‘Sunday Speed Tamiya Mini 4WD Fun Race’, Mos yang menyertai pertanding­an berlangsun­g di Bau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia