Utusan Borneo (Sarawak)

Binatang berbisa jadi mainan gadis OKU

-

MENYENTUH dan bermain dengan ular bukan mampu dilakukan oleh semua orang namun bagi seorang wanita kategori orang kurang upaya (OKU), bermain dengan reptilia itu adalah rutin hariannya.

Juwita Balqis Shamsudin, 35, dari Kampung Padang Temesu, Sungai Petani, sedikit pun tidak kekok untuk membenarka­n dirinya dibelit dan diulit ular jenis ‘Anaconda’ berusia dua tahun seberat lebih 40 kilogram dan ular sawa jenis ‘Albino’ berusia empat tadan hun seberat hampir 30 kilogram yang dibeli dari Brazil.

Kehebatan wanita yang tidak dapat bertutur dan mendengar itu kadangkala membawanya ke seluruh negara untuk menunjukka­n kemahiran bermain dengan ular.

Ketika ditemui Bernama di Ekspo Orkid dan Flora di Pekan Baling di sini, Juwita turut melayan penonton termasuk kanak-kanak yang mahu bergambar dengannya bersama ular berkenaan untuk diabadikan sebagai kenangan.

Menurut bapanya, Shamsudin Kadir, 68, Juwita mula berjinak dengan pelbagai jenis ular sejak berusia 25 tahun.

”Mulanya saya menyimpan ular tempatan jenis ular sawa seberat lima kilogram yang ditangkap penduduk dan ketika itulah Juwita menunjukka­n keberanian dan minat mahu bermain dengan ular dan kemudianny­a saya berusaha membeli ular jenis Anaconda dan Albino dari Brazil,” katanya.

Katanya beliau turut memelihara enam ekor ular termasuk ular tedong selar, ular punti dan ular sawa serta seekor Iguana seberat 10 kilogram.

Menurut Shamsudin, dia dan isterinya Marian Ahmad, 60, merupakan peniaga pelbagai jenis orkid, pokok buah-buahan dan ikan hiasan yang berniaga di seluruh negara sejak 10 tahun lalu.

“Ketika menjalanka­n perniagaan, Juwita yang dibantu dua lagi kakaknya akan mengadakan persembaha­n bermain ular untuk menarik pelanggan ke gerai kami.

“Orang ramai yang berkunjung kalau tidak membeli, mereka akan menghulurk­an sumbangan untuk Juwita bagi persembaha­nnya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia