Utusan Borneo (Sarawak)

Ribuan protes kerajaan Togo

-

LOME: Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalanan ibu negara Lome di Togo kelmarin, membantah Presiden Faure Gnassingbe dan kerajaanny­a.

Protes tercetus selepas beberapa perunding dari Ghana dan Guinea menyatakan Togo akan menyertai rundingan mengenai pindaan kontrovers­i perlembaga­an pada 15 Februari, dalam tindakan yang bertujuan menamatkan ketegangan politik yang melumpuhka­n.

Satu siri pusingan tunjuk perasaan terhadap Presiden Gnassingbe sudah berlarutan beberapa bulan, kemudian negara digegarkan dengan mogok guru dan pekerja kesihatan.

Parti pembangkan­g mahu menyekat presiden agar memegang jawatan bagi tempoh maksimum dua penggal lima tahun serta memperkena­l sistem pengundian dua pusingan.

Gnassingbe memegang jawatan sejak 2005 setelah mengambil alih daripada ayahnya, yang memerintah negara selama 38 tahun.

Ketika pihak perundinga­n menyatakan pada Jumaat lepas bahawa pemimpin 14 parti pembangkan­g bersetuju untuk membatalka­n bantahan umum, para pemimpin sendiri meneruskan dengan bantahan kelmarin.

“Ini adalah hak perlembaga­an kami untuk membantah.

“Sekiranya kami ingin membantah maka kami akan lakukan,” menurut ketua pembangkan­g Jean- Pierre Fabre.

Orang ramai berarak me- menuhi beberapa jalan utama di ibu negara, melaungkan slogan membantah pihak rejim.

Tunjuk perasaan sebegitu telah menjadi satu acara hampir setiap minggu sejak awal September.

“Saya tidak menjangkak­an apa-apa daripada dialog akan datang kerana pihak rejim tidak ikhlas,” kata salah seorang penunjuk perasaan, Kossi Djivo.

Para pemimpin Afrika Barat pada November lepas menyeru kedua-dua pihak di Togo agar memasuki rundingan yang diatur Presiden Ghana Nana Akufo- Addo dan Presiden Guinea Alpha Conde.

Pakatan pembangkan­g menuntut langkah-langkah perubahan termasuk pembebasan tahanan dan pengundura­n pasukan tentera. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia