Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 300 pendatang dari Amerika Tengah diberkas di Mexico

-

KOTA MEXICO: Mexico menahan lebih 300 orang terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak- kanak dari Amerika Tengah yang cuba diseludup ke Amerika Syarikat (AS) tanpa makanan atau air, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Kumpulan terbesar itu, 198 daripadany­a bersesak di bahagian bawah sebuah trak, ditemui di bahagian timur laut Tamaulipas, tidak berapa jauh dari wilayah AS Texas, pegawai penguat kuasa imigresen Mexico berkata.

Pendatang dari Guatemala, Honduras dan El Salvador itu menempuh perjalanan dalam keadaan yang terlalu padat tanpa ruang udara, makanan dan air yang mencukupi, menurut pihak berkuasa.

Dalam kalangan pendatang kanak-kanak, 55 daripadany­a bersama ibu bapa atau saudara mereka, sementara 24 lagi bersendiri­an.

Hanya seminggu lepas, 174 rakyat Amerika Tengah ditangkap dalam operasi di wilayah Coahuila dan Tamaulipas.

Amnesty Internatio­nal baru- baru ini melaporkan Mexico mengusir ribuan rakyat Amerika Tengah tanpa mengambil kira hak mereka untuk layanan sebagai pelar- ian, malah mereka dituduh terlibat dalam jenayah terancang di negara asal mereka.

Negara Segi Tiga Utara El Salvador, Guatemala dan Honduras antara bahagian paling kejam di dunia di luar zon peperangan.

Mereka juga sumber utama pendatang ke AS, di mana Presiden Donald Trump ingin membantera­s kedua-dua migrasi baik sah ataupun haram. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia