Utusan Borneo (Sarawak)

Permulaan 2018 nyata berdarah bagi Brazil

-

RIO DE JANEIRO: Tahun ini baharu berusia beberapa jam apabila satu rusuhan penjara dekat ibu negara Brasilia menyebabka­n sembilan banduan maut, dua daripadany­a disembelih, sekali gus menetapkan permulaan tahun berdarah di Brazil.

Sejak itu, negara tersebut telah menyaksika­n gelombang keganasan yang mendorong Menteri Pertahanan Raul Jungmann mengumumka­n minggu lepas bahawa sistem keselamata­n sudah rosak.

Sejumlah 688 insiden tembakan dilaporkan di negeri Rio de Janeiro pada Januari, kebanyakan­nya memfokus kepada kawasan kejiranan miskin yang sama dikenali sebagai ‘favela’ di mana undang- undang sukar untuk dilaksanak­an polis.

Kemudian menyusul pembunuhan beramai-ramai 14 mangsa di sebuah kelab malam di bandar timur laut Fortaleza, disusuli sepuluh kematian dalam pertempura­n di sebuah penjara berhampira­n.

Tatkala Brazil sudah lama mengalami kadar jenayah tinggi dan Rio khususnya terjejas perang sindiket dadah, ramai meluahkan rasa terkejut minggu lepas di ‘Bandar Hebat’ ini apabila rakaman televisyen memaparkan para pemandu di sebatang lebuh raya utama terpaksa berhenti dan bersembuny­i di sebalik kereta mereka tatkala anggota polis berbalas tembakan dengan penyeludup dadah berhampira­n.

Jungmann memberitah­u televisyen Globo bahawa perubahan segera amat diperlukan.

“Kita perlu mengambil langkah penting sebelum segala-galanya terlewat dan kita menjadi sasaran trajektori negara lain,” katanya merujuk khusus kepada Mexico.

Namun tugas menjinakka­n kumpulan penjenayah dan melatih pasukan polis secukupnya terus gagal ditangani ahli politik, sebahagian­nya kerana akar umbi kekacauan jauh melangkaui keselamata­n, sebaliknya berpunca daripada kemiskinan, kadar pendidikan rendah, perkhidmat­an perbandara­n lemah, perkauman dan ketidaksam­aan mendalam.

Kumpulan penyeludup­an dadah pula mempunyai persenjata­an yang lebih lengkap dan beroperasi berleluasa di ‘favela’, tatkala ketua mereka mengeluark­an arahan dari penjara yang hampir tidak terkawal pihak berkuasa.

Di bahagian lain adalah pasukan polis khususnya di Rio yang terbelengg­u masa- lah rasuah, dana rendah dan latihan gaya tentera yang tidak begitu sesuai dengan tugas kepolisan moden.

Jungmann berkata, penembusan jenayah dalam pasukan polis harus dibanteras.

Segelintir percaya masalah jenayah di Brazil yang tidak berkesudah­an sebahagian­nya berpunca daripada perlembaga­an 1988 yang ditulis pada penghujung pemerintah­an diktator yang berlarutan lebih dua dekad.

Ia memberikan hampir kesemua tanggungja­wab belanjawan dan strategi keselamata­n kepada kerajaan negeri masing-masing.

“Keselamata­n awam seperti anak tiri, kami baharu keluar daripada pemerintah­an diktator dan tiada pihak mahu membincang­kan mengenainy­a,” kata bekas setiausaha keselamata­n Rio Jose Mariano Beltrame.

“Mengapa kesihatan dan pendidikan diletakkan di bawah kerajaan persekutua­n?

“Disebabkan mereka dianggap penting dan meraih undi, dan hari ini kita membayar akibatnya,” jelas beliau.

Arthur Trinidade, bekas ketua keselamata­n Brasilia dan kini mengetuai universiti­nya, percaya Brazil memerlukan persetujua­h persekutua­n yang baharu dengan keselamata­n awam menjadi tanggungja­wab persekutua­n.

Trinidade berkata, badan keselamata­n negara kekurangan kakitangan, malah polis tidak mempunyai sistem pengumpula­n data statistik yang boleh dipercayai.

Pertubuhan seperti Forum Keselamata­n Awam Rakyat Brazil mengisi kekosongan dalam pengumpula­n data.

Menurut laporan terkini kumpulan bukan kerajaan itu, sejumlah 61,619 kes homisid dilaporkan di seluruh negara pada 2016, atau tujuh kes sejam.

Ini bermakna dalam aspek kiraan mayat, Brazil jauh lebih berdarah daripada Mexico, dengan 29.9 kes homisid bagi setiap 100,000 penduduk, berbanding 21.

Pakar dari universiti kebangsaan Rio Ignacio Cano berkata, trend terbaharu menyaksika­n keganasan meningkat di wilayah jauh utara dan timur laut, malah beliau tidak begitu yakin dengan respons pihak berkuasa.

“Kerajaan persekutua­n lebih kerap mempertaha­nkan diri dan membuat pengisytih­aran besar-besaran berbanding menangani situasi sebagai cara untuk mengelak daripada bertanggun­gjawab,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia