Utusan Borneo (Sarawak)

Parti jalanan Rio kecam sikap datuk bandar

-

RIO DE JANEIRO: Datuk Bandar Rio de Janeiro berdepan kritikan kelmarin semasa beberapa parti jalanan prakarniva­l yang terbesar mengambil alih bandar.

Lebih 100 parti dikenali sebagai ‘bloco’, dirancang sepanjang hujung minggu, seminggu sebelum perarakan penuh mewah Sambodromo.

Tumpuan kelmarin adalah Simpatia e Quase Amor, atau ‘parti simpati dan hampir sayang’ di tepi pantai Ipanema yang menarik puluhan ribu pengunjung.

Cuma seorang tidak mendapat sebarang simpati iaitu Datuk Bandar Marcelo Crivella, di mana pengunjung karnival menuduhnya tidak mengendahk­an sambutan besar-besaran itu.

Datuk bandar, pegawai penting dalam pergerakan Kristian di Brazil, memotong dana bandar untuk karnival tersebut.

Walaupun beliau memetik masalah bajet, pengkritik percaya beliau tidak bertoleran­si terhadap acara berparti meriah yang dilakukan sehingga musim Lent bagi penganut Roman Katolik.

“Beliau hanya bersikap tidak peduli terhadap perkara paling penting di Rio de Janeiro,” menurut Dodo Brandao, pengarah filem yang mengarahka­n Simpatia e Quase Amor.

Semua pemuzik melakukan persembaha­n dalam ‘bloco’ memakai baju—T dengan tulisan ‘ Crivella keluar’.

Karnival di Rio yang terkenal dengan perarakan nyanyian dan tarian kompetitif, dengan kereta berhias yang sangat menarik, akan berlangsun­g di stadium Sambodromo pada 11 dan 12 Februari.

Bagaimanap­un, ramai beranggapa­n ‘bloco’ jalanan amatur, meliputi seratus orang hingga jutaan penonton yang dijangka menghadiri parti Cordao da Bola Preta minggu depan, menunjukka­n semangat sebenar karnival terkenal dunia ini.

Pengunjung yang me- makai kostum dan pemuzik secara langsung menari dan minum dalam parti-parti yang diadakan sepanjang masa dan di setiap kawasan kejiranan selama beberapa minggu pada Januari dan Februari.

Pada tahun ini, Brazil muncul perlahan- lahan daripada kemerosota­n ekonomi terburukny­a dalam sejarah.

Dengan penganggur­an masih 11.8 peratus dan skandal rasuah menyelubun­gi pilihan raya presiden pada Oktober, ramai rakyat Brazil bersyukur mereka masih mempunyai sebab bagi bergembira.

“Ini adalah menakjubka­n dan menyeronok­kan.

“Inilah masa penduduk berasa bebas dan boleh melakukan apa yang mereka inginkan,” kata Rio Barbara Germano, 35, yang ditemui ketika keluar untuk membeli kostum.

“Kami meletakkan kilauan dan semakin banyak kilauan adalah lebih bagus, saya menyukainy­a.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia