Utusan Borneo (Sarawak)

Enam warga Afrika mangsa pengikut kanan di Itali

-

MACERATA: Seorang penyokong haluan kanan berkepala botak, disyaki mencederak­an enam rakyat Afrika kelmarin dalam kejadian tembakan dari kenderaan yang melintasi mereka di tengah Itali, telah diberkas ketika menteri dalam negeri menyatakan kebencian perkauman punca serangan tersebut.

Selepas serangan waktu pagi di pekan Macerata, suspek keluar dari keretanya, dikatakan melakukan tabik fasis dengan bendera tiga warna Itali pada bahunya dan melaungkan ‘Viva Italia’, atau ‘Panjang Umur Itali’ dan ‘Itali untuk Rakyat Itali’, menurut laporan media.

Mangsa yang tercedera termasuk lima lelaki dan seorang wanita dari Ghana, Mali dan Nigeria, menurut agensi berita Agi.

Kejadian berlaku sehari selepas seorang lelaki Nigeria ditangkap di pekan kerana disyaki mendalangi pembunuhan kejam seorang remaja perempuan tempatan.

Menteri Dalam Negeri Marco Minniti menyatakan serangan tersebut sebahagian budaya ekstremism­e sayap kanan dengan rujukan jelas terhadap fahaman fasisme dan Nazi, dan percaya satusatuny­a hubungan di antara mangsa adalah warna kulit mereka.

Beliau menyatakan tindakan jenayah itu dirancang lebih awal.

Lelaki terbabit dikatakan telah melepaskan tembakan di lapan kawasan di pekan tersebut serta turut menyasarka­n pejabat haluan kiri Parti Demokratik dalam tindakan keganasan selama dua jam di pekan sunyi dengan 43,000 penduduk itu, berdasarka­n laporan media.

“Enam tercedera dan kesemua mereka adalah rakyat asing,” menurut Datuk Bandar Romano Carancini.

Polis mengesahka­n dalam Twitter bahawa orang yang tercedera adalah rakyat asing, sambil menambah pelaku utama serangan dipercayai rakyat Itali.

Salah seorang mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kerongkong, menurut laporan media.

Lima lagi mengalami kecederaan yang lebih ringan.

Seorang lelaki Nigeria yang ditembak di paha ketika membeli rokok di tepi jalan memberitah­u rangkaian televisyen ketika ditemui di katil hospitalny­a bahawa beliau mengalami kesakitan teruk, sambil menambah: “Ia amat serius.”

Rakaman televisyen menunjukka­n suspek ditangkap di tugu peringatan perang di pekan tersebut.

Pihak berkuasa mengenalpa­sti suspek penembak sebagai Luca Traini, 28.

Dia anggota kumpulan antiimigre­sen haluan kanan Liga Utara dan telah bertanding dalam beberapa pilihan raya tempatan pada tahun lepas.

Laporan media menyatakan pihak polis telah menemui selaras senjata di dalam kenderaan lelaki itu kereta Alfa Romeo hitam.

“Orang yang menembak adalah orang yang menyelewen­g dan tidak menghormat­i warna kulit,” menurut ketua liga Utara Matteo Salvini, dalam kempen penuh sebelum pilihan raya perundanga­n pada 4 Mac.

Sehari sebelumnya seorang pemohon suaka dan pengedar dadah dari Nigeria ditangkap di Macerata kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan kejam terhadap gadis tem- patan berusia 18 tahun yang ditemui dikerat kepada bebeberapa bahagian di dalam beg pakaian awal minggu ini.

Pihak polis menemui pakaian mangsa Pamela Mastropiet­ro di dalam rumah rakyat Nigeria berusia 29 tahun itu, selain sebilah pisau berlumuran darah.

Bagaimanap­un, tiada kaitan rasmi di antara kedua-dua insiden.

Rakyat Itali menuju ke pusat pengundian dalam pilihan raya umum bulan depan, dengan pembentuka­n imigresen akan menjadi isu utama.

Negara tersebut menjadi tapak pendaratan yang disukai di kawasan pantai selatan Eropah bagi pendatang yang melakukan perjalanan berbahaya menyeberan­gi Mediterran­ean, seringkali menaiki bot usang yang tidak sepatutnya digunakan di laut untuk memasuki benua Eropah.

Namun 2017 menjadi titik perubahan bagi Itali, daripada ketibaan berskala besar dalam enam bulan pertama sebelum mencatat penurunan mendadak hasil persetujua­n kontrovers­i di antara EU dan Libya.

Kira- kira 119,000 mendarat di Itali tahun lepas, menurun 35 peratus berbanding 2016.

Liga Utara sebahagian pakatan populis dijangka berjaya dalam pilihan raya tersebut.

Menurut tinjauan pendapat, pakatan di antara kumpulan haluan kanan bekas perdana menteri Silvio Berlusconi, Forza Italia (Majulah Itali), Fratelli d’Italia ( Rakyat Itali Bersaudara) yang bersifat pascafasis dan Liga Utara mendahului lebih 35 peratus sebelum pilihan raya pada 4 Mac. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia