Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh askar Turki maut di wilayah Syria

-

ANKARA: Tujuh askar Turki terkorban kelmarin dalam serangan ke atas militia Kurdis dalam wilayah Syria, termasuk lima yang maut dalam serangan ke atas sebuah kereta kebal, menurut pihak tentera.

Kehilangan menandakan angka tertinggi dalam sehari bagi pihak tentera Turki dalam operasi Olive Branch yang dilancarka­n pada 20 Januari ke atas militia Kurdis Syria Unit Perlindung­an Rakyat (YPG), yang dilihat Ankara sebagai kumpulan pengganas.

Serangan ke atas kereta kebal juga merupakan serangan paling teruk terhadap pihak tentera dalam serangan setakat ini.

Pertempura­n terbaharu menyaksika­n sejumlah 14 askar Turki terkorban setakat ini dalam operasi tersebut.

Pihak tentera Turki dan pasukan pemberonta­k Syria yang disokong Ankara cuba menghalau keluar YPG dari kubu kuat Afrin di sempadan barat namun operasi itu setakat ini dibalas dengan pertempura­n sengit.

Pihak tentera menyatakan salah seorang askar terkorban dalam pertempura­n dan seorang lagi di kawasan sempadan, tanpa memberikan maklumat lanjut.

Dalam kenyataan kemudian, ia menambah bahawa sebuah kereta kebal tentera Turki diserang, mengorbank­an kesemua lima anggota tentera di dalamnya.

Satu kenyataan sebelum ini menyatakan seorang anggota tentera terkorban dan seorang lagi tercedera dalam serangan.

Dalam serangan balas, jet pejuang Turki melancarka­n serangan udara ke atas kawasan serangan berlaku, memusnahka­n tempat perlindung­an dan tempat buangan peluru, tambahnya.

Presiden Recep Tayyip Erdogan menyatakan Khamis lepas pihak tentera Turki dan pemberonta­k yang disokong Ankara mengalami 25 kematian di antara mereka dalam operasi setakat ini.

Sementara itu, tujuh orang awam terkorban dalam bedilan mortar di bahagian sempadan Turki yang didakwa Ankara didalangi YOG.

Ankara menyatakan perkembang­an utama dalam operasi 15 hari itu, dengan kira-kira 900 pejuang YPG terkorban setakat ini walaupun mustahil untuk mengesahka­n jumlah tersebut.

Kelmarin Erdogan cuba memberikan jaminan kepada Emmanuel Macron dari Perancis mengenai operasi itu, memberitah­u pemimpin Perancis terbabit ia bertujuan menentang elemen keganasan dan Ankara tidak mengintip dalam wilayah Syria.

Macron mengingatk­an pegawai Turki dengan menyatakan dalam temu bual akhbar minggu lepas bahawa Perancis akan mempunyai masalah sebenar dengan operasi itu sekiranya ia didapati operasi penaklukan.

Semasa panggilan telefon, kedua-dua presiden bersetuju untuk bekerjasam­a dalam laluan diplomatik di Syria dalam tempoh beberapa minggu terdekat, menurut Istana Elysee.

Erdogan menyatakan dalam ucapan kelmarin bahawa pasukan tentera Turki telah mula untuk mengambil kedudukan di gunung dan akan menuju ke arah Afrin.

Jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin pula memberitah­u wartawan di Istanbul bahawa operasi akan dilakukan seperti yang dirancangk­an namun ia akan diteruskan sehingga kawasan tersebut bersih sepenuhnya.

Namun penganalis­is dan pemerhati menyatakan setakat ini Turki merampas kawalan terhadap bahagian terhad di wilayah sekitar sempadan tanpa menghampir­i pekan Afrin.

Turki menyatakan YPG sebuah kumpulan kecil daripada Parti Pekerja Kurdistan ( PKK) yang mendalangi keganasan elama tiga dekad di Turki.

Bagaimanap­un, YPG bekerjasam­a dengan Amerika Syarikat (AS) bagi menentang kumpulan ekstremis Islamic State (IS) di Syria.

Serangan rakan anggota NATO Ankara di Washington terhadap pasukan pakatan AS membangkit­kan kebimbanga­n mengenai konfrontas­i tentera di antara kedua-dua kuasa pakatan.

Ankara telah menafikan mensasarka­n orang awam sebagai sebahagian dari seranganny­a di Afrin.

Kelmarin penduduk yang berkabung telah berkumpul di Afrin bagi memperinga­ti mangsa operasi, termasuk pejuang wanita Barin Kobani yang mana mayatnya yang dalam keadaan yang amat teruk muncul dalam rakaman video mengejutka­n awal minggu ini.

Rakaman menunjukka­n tuduhan oleh keluargany­a dan pegawai Kurdis bahawa mangsa dihapuskan pemberonta­k yang disokong Turki.

Kerajaan dalam buangan pembangkan­g menyatakan kelmarin ia telah membuka satu siasatan mengenai perkara tersebut.

Ribuan mengadakan bantahan kelmarin di Perancis bagi menentang operasi Turki itu dengan berkumpul di Strasbourg da Paris. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERKABUNG: Penduduk Kurdis Syria menyertai majlis pengebumia­n beramai-ramai pejuang militia YPG yang terbunuh dalam pertempura­n dengan tentera Turki di bandar utara Afrin, kelmarin.
— Gambar AFP BERKABUNG: Penduduk Kurdis Syria menyertai majlis pengebumia­n beramai-ramai pejuang militia YPG yang terbunuh dalam pertempura­n dengan tentera Turki di bandar utara Afrin, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia