Utusan Borneo (Sarawak)

Pergerakan ringgit dijangka dipengaruh­i faktor luaran

-

KUALA LUMPUR: Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka menyaksika­n dagangan dalam jajaran kecil, susulan sentimen mengukuh minggu ini disokong oleh senario ekonomi yang positif, kata peniaga.

Beliau berkata ia merupakan minggu yang baik bagi komoditi tersebut yang mengakhiri Januari pada paras tinggi, selain mendorong harga kepada paras tertinggi pada bulan tersebut pada AS$21,900, dan mencecah kedudukan yang agak tinggi pada AS$ 21,450 ( AS$ 1 = RM3.88) pada Jumaat.

Beliau berkata harga timah meningkat sejak 5 Jan tahun ini, dan permintaan kukuh di PTKL, susulan harga komoditi itu agak rendah berbanding di Bursa Logam London (LME).

“Harga timah mengambil petunjuk daripada komoditi berasaskan logam yang lain seperti zink dan nikel, yang meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh pel- bagai tahun, pada minggu sebelumnya, dengan dolar AS lemah.

“Harga meningkat dan kami menjangkan­ya kekal kukuh dan dalam jajaran kecil pada minggu akan datang,” katanya kepada Bernama.

Pasaran ditutup pada Rabu dan Khamis sempena cuti Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutua­n.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, harga di PTKL meningkat sebanyak AS$220 kepada AS$21,450 satu tan daripada AS$21,230 satu tan minggu sebelumnya.

Di LME, ia naik sebanyak AS$570 untuk ditutup kepada AS$21,950 satu tan daripada AS$21,380 satu tan sebelum ini.

Jumlah dagangan minggu lepas merosot kepada 137 tan daripada 239 tan.

Perbezaan harga antara PTKL dan LME pada diskaun AS$500 satu tan daripada diskaun AS$150 satu tan minggu sebelumnya. — Bernama KUALA LUMPUR: Pergerakan ringgit pada minggu ini dijangka dipengaruh­i faktor luaran terutama data ekonomi dari Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Penganalis­is FXTM Research, Lukman Otunuga berkata laporan pekerjaan AS pada Januari akan menjadi data penting, yang sewajarnya memberi petunjuk baharu bagi prestasi pasaran tenaga kerja negara maju itu.

“Setiap maklumat dalam laporan pekerjaan AS adalah penting namun tumpuan utama akan diberikan kepada pertumbuha­n upah.

“Sebarang petunjuk bagi pencepatan pertumbuha­n upah boleh merangsang jangkaan kenaikan inflasi, yang akan meningkatk­an prospek kenaikan kadar faedah AS seterusnya tahun ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, dengan Rizab Persekutua­n AS optimistik terhadap kenaikan inflasi tahun ini dan unjuran lebih positif bagi ekonomi, laporan pembayaran gaji bukan ladang akan menjadi tumpuan penting.

“Situasi dengan jumlah pekerjaan utama dan pertumbuha­n upah, kedua-duanya memberikan kejutan positif mungkin menawarkan sedikit sokong kepada dolar AS,” katanya.

Bagi minggu yang baharu berakhir, ringgit pada awalnya lebih rendah berbanding dolar AS sebelum mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n AS diadakan dan dua hari cuti umum berturut-turut – Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutua­n.

Bagaimanap­un, ringgit meningkat semula selepas cuti umum itu memandangk­an bank pusat AS memutuskan untuk mengekalka­n kadar faedah.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, mata wang tempatan ditutup pada 3.8850/ 8880 berbanding dolar AS daripada 3.8690/ 8720 minggu sebelumnya.

Ringgit, bagaimanap­un, diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Nota tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9575/9618 daripada 2.9607/9648 minggu lepas, dan naik berbanding yen kepada 3.5354/5387 daripada 3.5456/5490.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.8508/ 8553 daripada 4.8185/8234 sebelum ini dan lemah berbanding pound kepada 5.5229/5283 daripada 5.5160/5222 minggu sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia