Utusan Borneo (Sarawak)

D’Aman Mart sasar 1,000 peniaga kedai runcit menjadi rakan niaga tahun ini

-

ALOR SETAR: Pasar raya D’Aman Mart menyasarka­n seramai 1,000 peniaga kedai runcit menjadi rakan niaganya pada tahun ini untuk menjayakan Program Kos Sara Hidup bagi membantu mengurangk­an beban rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata D’Aman Mart akan membekalka­n barangan keperluan yang terpilih kepada kedai runcit tersebut dengan harga yang lebih rendah kepada pengguna berbanding harga biasa.

“Sebanyak 100 barangan keperluan harian seperti minyak masak, tepung, telur dan roti yang mempunyai logo dan pelekat D’Aman Mart akan dijual dengan harga yang lebih rendah antara lima dan 15 peratus.

“Kedai runcit yang terlibat dalam program ini juga akan menjual barangan dengan harga yang telah ditetapkan oleh D’Aman Mart,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar raya D’Aman Mart dan melancarka­n Program Kos Sara Hidup di sini, semalam.

D’Aman Mart merupakan rangkaian peruncitan yang pertama hasil kerjasama syarikat Kedah Agro Holdings Bhd, anak syarikat di bawah Perbadanan Menteri Besar Kedah dengan syarikat swasta Prolink Marketing Sdn Bhd.

Turut hadir Pengerusi Kedah Agro Holdings Bhd Datuk Ahmad Zaini Japar dan Pengerusi Eksekutif Prolink Marketing Sdn Bhd K Chandran.

Ahmad Bashah berkata setakat ini, sebanyak 200 peniaga kedai runcit di seluruh Kedah telah menghantar borang pemohonan untuk menjadi rakan niaga D’Aman Mart.

“Mengikut perancanga­n pihak pengurusan, program ini akan diperluask­an kepada 1,000 kedai runcit pada tahun ini, 1,500 pada 2019 dan 2,000 pada 2020.

“Selain itu, pengguna yang membeli barang di D’Aman Mart juga akan memperoleh mata ganjaran menerusi kad ahli Sahabatku,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata ruang dan peluang perlu diberikan kepada Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote untuk mengendali­kan pasukan Kedah walaupun tewas ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi merebut Piala Sumbangsih, kelmarin.

“Memang kita kalah semalam (kelmarin), tetapi ini baharu perlawanan pertama. Oleh itu, beri masa kepada beliau (Marcote) untuk menyesuaik­an diri dengan semua perkara. Kita tidak boleh menilai prestasi beliau dengan hanya melihat kepada kekalahan semalam (kelmarin),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAJI PERANCANGA­N: Ahmad Bashah diringi K Chandran (kiri) melihat barang keperluan asas pada Majlis Perasmian Pasaraya D’Aman Mart dan Pelancaran Program Kos Sara Hidup di Lebuhraya Sultanah Bahiyah Sambungan, semalam.
— Gambar Bernama KAJI PERANCANGA­N: Ahmad Bashah diringi K Chandran (kiri) melihat barang keperluan asas pada Majlis Perasmian Pasaraya D’Aman Mart dan Pelancaran Program Kos Sara Hidup di Lebuhraya Sultanah Bahiyah Sambungan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia