Utusan Borneo (Sarawak)

Didorong penarafan kredit negara yang berada pada taraf amat baik

-

KOTA BHARU: Kadar tarif elektrik bagi kegunaan domestik di Malaysia berada di kedudukan keempat terendah di dunia selepas Sweden, China dan Taiwan.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Dr Zaini Ujang berkata perkembang­an positif itu didorong oleh penarafan kredit negara yang berada pada taraf yang amat baik.

“Biasanya, syarikat penyedia perkhidmat­an berkaitan kewangan meletakkan Ma- laysia di kedudukan ‘AA’. Maknanya, iklim pelaburan Malaysia amat baik termasukla­h dalam sektor tenaga,” katanya kepada pemberita selepas Sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dan Pelan Induk Teknologi Hijau (GTMP) di sini, semalam.

Turut hadir Pengurus Besar Kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin dan Pengurus Besar TNB Kelantan Datuk Md Yuslan Mad Yusoff.

Program tersebut antara lain bertujuan memberi penjelasan tentang GTMP, peranan kerajaan dan masyarakat dalam mempromosi­kan gaya hidup hijau.

Zaini berkata dasar kerajaan juga membolehka­n perjanjian dengan 40 syarikat pembekal tenaga elektrik dilaksanak­an sehingga 21 tahun berbanding negara lain yang tempohnya hanya lima tahun, malah terdapat negara yang langsung tiada perjanjian.

Beliau berkata ia memberi peluang pembayaran balik dalam tempoh yang lebih panjang dengan kadar faedah yang lebih rendah.

“Kita juga mempunyai rekod yang baik dalam pengurusan dengan menggunaka­n kepakaran tempatan.

“Prestasi baik itu membolehka­n kerajaan masih mampu mengekalka­n tarif elektrik pada 38.53 sen setiap satu kilowatt sejam ( kWj) bagi tempoh tiga tahun lagi, menyamai kadar yang dilaksanak­an sejak Januari 2014,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SERAH: Mustapa Mohamed (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara A-Bio Sdn Bhd dengan Ain Medicare Sdn Bhd, semalam.
— Gambar Bernama SERAH: Mustapa Mohamed (tengah) menyaksika­n pertukaran dokumen MoU antara A-Bio Sdn Bhd dengan Ain Medicare Sdn Bhd, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia