Utusan Borneo (Sarawak)

Diancam peningkata­n pelantar minyak, tangkap ikan tanpa kawalan

-

LABUAN: Bilangan penyu yang mendarat di Taman Laut Labuan berkuranga­n 33 peratus pada 2016 berikutan beberapa ancaman termasuk peningkata­n pelantar minyak berdekatan taman itu dan aktiviti penangkapa­n ikan tanpa kawalan.

Pengarah Taman Laut Labuan Anuar Deraman berkata keadaan yang membimbang­kan itu perlu ditangani secara berkesan bagi mengelak jumlahnya terus berkuranga­n.

“Walaupun pendaratan penyu karah meningkat 18 peratus di pantai taman laut kita, pendaratan penyu pada keseluruha­nnya telah berkuranga­n. Kami berharap agar tapak pendaratan itu tidak akan musnah,” katanya kepada Bernama.

Pulau-pulau seperti Kuraman, Rusukan Besar dnd Rusukan Besar merupakan rumah bagi penyu karah ( Eretmochel­ys Imbricata), penyu lipas (Lepidochel­ys olivacea) dan penyu agar (Chelonia Mydas), dengan 12 tempat bertelur ditemui di sepanjang pantai, tahun lepas.

“Lampu yang terang dari pelantar minyak pada waktu malam boleh mengganggu pergerakan penyu berkenaan untuk bertelur di taman laut di sini.

Sebagai tambahan, terdapat kes kematian penyu dilaporkan oleh orang awam akibat terperangk­ap dalam jaring hanyut dan terkena kipas enjin bot,” kata Anuar.

Dengan wujudnya ancaman kepada pantai berkenaan, ia akan mengurangk­an kawasan pantai untuk penyu bertelur di taman laut pulau ini sehingga mengurangk­an bilangan penyu karah yang merupakan spesies terancam.

Beliau juga berkata kayu hanyut yang ditemui di kawasan pantai taman laut yang berlaku pada Oktober hingga Februari setiap tahun juga menghalang pendaratan penyu.

Menurut seorang ahli biologi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Juanita Joseph dalam kenyataann­ya sebelum ini, implikasi daripada keadaan itu adalah apabila jumlah kawasan pembiakan penyu tempatan hilang, ia akan lenyap buat selamalama­nya.

“Ini kerana (kebanyakan) penyu hanya kembali untuk membiak di pantai tempat kelahiran mereka. Mereka mungkin mengembara ribuan batu untuk mencari makanan, merentas sempadan, namun semua penyu akan kembali ke kawasan tempat kelahiran untuk bertelur dan membiak,” katanya. — Bernama

 ??  ?? TRADISI: Musa (lima kanan) menyempurn­akan gimik penyerahan kepala singa kepada Susan.
TRADISI: Musa (lima kanan) menyempurn­akan gimik penyerahan kepala singa kepada Susan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia