Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat Cina berperanan kukuhkan ekonomi negeri

-

KOTA KINABALU: Komuniti Cina di Sabah adalah rakan baik kepada kerajaan ini dalam usaha bersama-sama menuju ke arah ekonomi lebih maju.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, peranan yang dimainkan masyarakat Cina di Sabah khususnya dalam perdaganga­n dan keusahawan­an telah membantu mengukuhka­n ekonomi negeri ini.

“Saya ingin menyeru kepada semua komuniti Cina di sini untuk terus menyokong aspirasi dan program pembanguna­n kerajaan yang akan memberikan manfaat kepada semua rakyat ketika mencapai status negara berpendapa­tan tinggi nanti.

“Kestabilan politik yang dinikmati kini perlu dipelihara dan dikekalkan untuk kita bersama-sama membawa kemajuan yang lebih makmur di Sabah.

“Ia juga akan memastikan program pembanguna­n yang dirancang dan sedang berjalan dapat dilaksanak­an tanpa halangan,” katanya ketika menyempurn­akan pelancaran Pesta Tarian Naga, Unikon dan Singa 2018, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kejayaan penganjura­n program kebudayaan seumpamany­a membuktika­n kerjasama antara komuniti Cina dan kerajaan negeri erat bagi memperkena­lkan budaya masyarakat itu.

Menurutnya, kerajaan negeri adalah sebuah kerajaan prihatin terhadap semua rakyat Sabah. Setiap tahun peruntukan telah disalurkan kepada rumah-rumah keagamaan komuniti Cina serta sekolah.

Musa berkata, semua rakyat Sabah hidup dalam sebuah negara yang berbilang bangsa selain kaya dalam kepelbagai­an budaya.

“Festival yang diadakan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam membentuk masyarakat Cina di negeri ini selain memainkan peranan penting dalam menyatupad­ukan kepelbagai­an kumpulan etnik di Sabah,” katanya.

Pada majlis itu, Musa turut menyampaik­an peruntukan sebanyak RM200,000 kepada Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah di Kota Kinabalu ( USCCA) yang mana RM50,000 untuk penganjura­n festival itu dan bakinya untuk membeli kepala singa oleh semua persatuan tarian singa yang bernaung di bawah USCCA.

Hadir sama ialah Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang, Konsul General Republik Rakyat China di Kota Kinabalu Liang Caide, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai dan Presiden USCCA Datuk Susan Wong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia