Utusan Borneo (Sarawak)

PEMAIN HARUS KEKALKAN MOMENTUM

Sarawak diyakini mampu melakarkan kejutan ketika menentang Terengganu II di laman lawan petang ini

-

KUCHING: Pengurus pasukan Sarawak, Abdul Wahab Rahim mengingatk­an pemain-pemain agar mengekalka­n momentum kemenangan apabila berkunjung ke Kuala Terengganu menentang Terengganu II pada aksi Liga Premier 2018 petang ini.

Menurutnya, kemenangan 1-0 ke atas Kuantan FA pada aksi pembuka tirai di laman sendiri Jumaat lalu harus dijadikan tonik oleh semua pemain untuk mengutip tiga mata berharga.

“Terengganu II adalah lawan yang lebih sukar kerana mempunyai ramai pemain berpengala­man.

“Namun, saya percaya dengan kemampuan pemainpema­in kita untuk melakarkan kejutan dengan syarat mereka dapat mengekalka­n corak permainan semasa kemenangan pertama minggu lalu amatlah diharapkan,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau juga mengingatk­an semua pemain agar tidak mensia-siakan setiap peluang yang ada dan sentiasa fokus kerana Terengganu II pasti tidak rela keciciran mata di laman sendiri.

Perlawanan kedua-dua pasukan berlangsun­g di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu bermula jam 4.45 petang ini.

Menjelas lanjut, Abdul Wahab turut menyeru sokongan padu daripada warga Sarawak khususnya yang berada di Terengganu agar turun memberikan sokongan kepada anak-anak buahnya petang ini.

“Saya sekali lagi menyeru sokongan padu daripada peminat. Lebih-lebih lagi jika ada warga kita di Terengganu agar turun beramai-ramai ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan Sarawak.

“Sokongan penyokong akan menyemarak­kan semangat pemain-pemain kita agar dapat beroleh mata berharga daripada perlawanan itu nanti,” katanya.

Sementara itu, pemain pertahanan import dari Korea Selatan, Kim Chi-Gon akan membuat penampilan pertamanya bersama Sarawak pada perlawanan petang ini.

Terengganu II adalah lawan yang lebih sukar kerana mempunyai ramai pemain berpengala­man. Abdul Wahab Rahim Pengurus pasukan Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? Oleh Mohd Shafik Ahmad
Oleh Mohd Shafik Ahmad
 ??  ?? ABDUL WAHAB
ABDUL WAHAB
 ??  ?? TONGGAK UTAMA: Barisan kesebelasa­n utama Sarawak yang bakal beraksi pada perlawanan liga menentang Terengganu II di Kuala Terengganu petang ini.
TONGGAK UTAMA: Barisan kesebelasa­n utama Sarawak yang bakal beraksi pada perlawanan liga menentang Terengganu II di Kuala Terengganu petang ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia