Utusan Borneo (Sarawak)

UTM SEDIA KERJASAMA DENGAN JEPUN WUJUD PUSAT LATIHAN HSR

- Oleh Suhainie Mohd Khalid

Teknologi Malaysia (UTM) bersedia bekerjasam­a dengan Jepun bagi tujuan penyelidik­an dan melahirkan keperluan tenaga mahir untuk projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) sekiranya negara itu memenangi bidaan kontrak tersebut.

Naib Canselor UTM Prof Datuk Ir Dr Wahid Omar berkata cadangan kerjasama universiti itu dengan Jepun bagi mewujudkan pusat latihan untuk memenuhi keperluan tenaga mahir tersebut bukanlah sesuatu perkara baharu.

Kerjasama UTM-Jepun telah wujud sejak sekian lama melalui penubuhan Institut Teknologi Antarabang­sa Malaysia Jepun (MJIIT) di UTM Kampus Kuala Lumpur, katanya.

“Insya-Allah, kita (UTM) bersedia bekerjasam­a. Bagi UTM, penglibata­n kita adalah di peringkat melahirkan modal insan iaitu keperluan sumber manusia meliputi perancanga­n, pembinaan dan pengoperas­ian HSR.

“Kita juga bersedia dengan penyelidik­an-penye- lidikan.

Ini bidang-bidang yang saya lihat untuk UTM memainkan peranan dalam projek HSR ini,” katanya yang ditemui BERNAMA di Johor Bahru, baru-baru ini.

Wahid berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Jepun yang menyasarka­n tiga universiti tempatan iaitu UTM, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) sebagai rakan dalam mewujudkan pusatpusat latihan tenaga kerja mahir bagi HSR.

Baru-baru ini Bernama melaporkan Duta Besar Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa menyatakan institusi pengajian seperti UTM dan UTHM di Johor serta UTeM di Melaka berada di laluan jajaran HSR dan merupakan lokasi paling sesuai sebagai pusat-pusat latihan dan kecemerlan­gan terbabit.

Wahid berkata fakulti kejurutera­an UTM merangkumi mekanikal, awam dan elektrik melahirkan kira-kira 4,000 graduan setahun.

UTM juga mempunyai Fakulti Alam Bina yang boleh memainkan peranan dalam reka bentuk stesen HSR.

Beliau berkata peluang bekerjasam­a dengan Jepun dilihat turut memberikan keistimewa­an mempelajar­i dan menerapkan budaya kerja negara itu mengendali­kan kereta api berkelajua­n tinggi selama 50 tahun iaitu SSP -- ‘speed, safety and punctualit­y’ (kelajuan, keselamata­n dan ketepatan masa).

“UTM mempunyai kekuatan tersendiri. Walaupun kita tidak menawarkan kursus kejurutera­an rel secara spesifik, namun, kita tidak mempunyai masalah dalam bidang pembinaan rel.

“Kita mempunyai kepakaran dalam hal-hal tanah dan terowong serta operasi sistem elektronik, sensor dan sebagainya.

“Bukan pertama kali kita bekerjasam­a dengan Jepun, kita memang rapat malah turut menimba pengalaman dan pengetahua­n Jepun dalam pengurusan bencana alam seperti banjir dan gempa bumi,” katanya.

Menurut Wahid, sumbangan kepakaran UTM dalam projek mega di negeri ini juga bukan baharu malah pernah terlibat dalam pembinaan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dan Laluan Kedua MalaysiaSi­ngapura (Linkedua).

“Dalam pembinaan PLUS misalnya, antara masalah besar pada masa itu adalah tanah lembut di kawasan Pagoh. Peranan penyelidik kita adalah bagaimana mahu menstabilk­an tanah tersebut dan isu (memelihara) alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata UTM bersama beberapa pihak lain juga dijangka menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) dengan MyHSR Corporatio­n Sdn Bhd (MyHSR) bagi pem- bangunan sumber manusia projek HSR.

Wahid berkata terdapat bengkel dan beberapa siri perbincang­an antara UTM dan MyHSR diadakan sejak Januari tahun lepas bagi menjayakan hasrat terbabit.

“Kita di peringkat akhir menandatan­gani MoU. Hanya tunggu tarikh sahaja,” katanya.

HSR KL-Singapura yang dijangka mula beroperasi pada 2026, menghubung­kan bandar-bandar iaitu Kuala Lumpur, Bangi, Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Projek usaha sama antara Malaysia dan Singapura bernilai antara RM50 bilion dan RM60 bilion itu bertujuan mengurangk­an tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura kepada 90 minit berbanding empat sehingga lima jam menerusi perjalanan darat.

Bidaan antarabang­sa bagi HSR dijadual dikemukaka­n menjelang pertengaha­n tahun ini dan pembida yang berjaya akan diketahui menjelang akhir tahun ini. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? WAHID
WAHID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia