Utusan Borneo (Sarawak)

JUMLAH MANGSA BANJIR DI SARAWAK 746 ORANG

-

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di negeri ini mencatat seramai 746 orang daripada 199 keluarga dengan 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka setakat jam 4 petang semalam.

Menurut jurucakap Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 10 PPS yang dibuka membabitka­n tiga di bahagian Kuching, lima di bahagian Samarahan dan dua di bahagian Serian.

PPS itu ialah Surau Ar Rahman, Masjid Darul Muttaqin Kampung Buntal, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya, Dewan Pembanguna­n Sebuyau, Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin, Masjid Kampung Seruyuk, Dewan Masyarakat Kampung Segali, Dewan Suarah Kota Samarahan, Dewan Betong Kanowit dan Dewan Lintang Baru.

Di bahagian Kuching, seramai 36 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Sungai Batu ditempatka­n di PPS Surau Ar Rahman, 135 mangsa daripada 23 keluarga dari Kampung Buntal Lot ditempatka­n di PPS Masjid Darul Mutaqin Kampung Buntal dan 120 mangsa daripada 31 keluarga dari Kampung Sungai Laru, Tabuan Jaya ditempatka­n di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya.

Sementara di bahagian Samarahan, seramai 23 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Baru Sebuyau ditempatka­n di PPS Dewan Pembanguna­n Sebuyau, 84 mangsa daripada 38 keluarga dari Kampung Rangawan, Sadong Jaya ditempatka­n di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Bujang Rangawan Putin, 80 mangsa daripada 36 keluarga dari Kampung Seruyuk, Simunjan ditempatka­n di Masjid Kampung Seruyuk.

Selain itu, seramai 135 mangsa daripada 25 keluarga dari Kampung Segali, Simunjan dipindahka­n ke PPS Dewan Masyarakat Kampung Segali dan 23 mangsa daripada empat keluarga dari Lot Fasa 3 Kampung Tanjung Bundong ditempatka­n di Dewan Suarah Kota Samarahan.

Bagi bahagian Serian pula, seramai 16 mangsa daripada lima keluarga dari Kampung Betong Kanowit ditempatka­n di Dewan Betong Kanowit dan 94 mangsa daripada 25 keluarga dari kawasan rendah Kampung Lintang Baru ditempatka­n di Dewan Lintang Baru.

Keadaan di semua PPS itu adalah selamat dan terkawal.

Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak melaporkan terdapat sebuah sekolah ditutup ekoran dinaiki air iaitu Sekolah Kebangsaan Klid/Plajau di daerah Dalat.

Bagaimanap­un tiada sekolah dijadikan sebagai PPS setakat ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia