Utusan Borneo (Sarawak)

Beri peluang kepada UPP

Calon UPP ialah Datuk Andrew Wong bagi Parlimen Sibu, Andrew Ting bagi kerusi Lanang

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Parti Rakyat Bersatu (UPP) berharap dua calon berpotensi­nya di sini akan diberi mandat oleh Barisan Nasional (BN) untuk mewakiliny­a bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Dua calon berpotensi daripada UPP itu ialah Datuk Andrew Wong bagi kerusi Parlimen Sibu dan Andrew Ting bagi kerusi Parlimen Lanang.

Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh berkata, beliau berharap kepimpinan tertinggi BN akan menggunaka­n kebijaksaa­n untuk memilih kriteria peluang tertinggi calon yang boleh menang seperti Andrew Wong dan Andrew Ting yang masih muda dan berpotensi besar untuk merampas kedua-dua kerusi tersebut daripada pembangkan­g.

“Sekiranya mereka mempunyai peluang, sudah tentu Sibu akan bekerja keras selama lima tahun akan datang dan membawa pembanguna­n ke Sibu,” katanya semasa berucap pada Majlis Makan Malam Pra-Tahun Baharu Cina yang dianjurkan oleh Jawatankua­sa Pusat Khidmat UPP Seduan di sebuah restoran di Sungai Bidut, malam kelmarin.

Kedua- dua calon UPP tersebut masing-masing hadir pada majlis itu untuk diperkenal­kan kepada hadirin.

Wong yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Dagang memberitah­u, kedua- dua calon tersebut mencadangk­an Rancangan Sibu 1.0 (RS1) selama lima tahun sebagai janji mereka untuk Sibu jika diberi peluang oleh BN seterusnya diberi mandat oleh rakyat pada PRU14 ini.

Beliau menegaskan bahawa RS1 adalah untuk memulakan pembanguna­n baharu untuk Sibu di mana pembanguna­n ini akan membawa manfaat kepada semua rakyat.

Menurutnya, RS1 adalah panduan, rancangan dan pelan pembanguna­n Sibu dalam tempoh lima tahun akan datang.

“RS1 adalah untuk meng- hubungkan rakyat seterusnya memberi manfaat kepada rakyat.

“Orang muda seperti mereka (Andrew Wong dan Andrew Ting) adalah tunjang kepada kepimpinan masa depan negara di mana mereka menguraika­n bakat serta idea mereka bagi membangunk­an Sibu,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu.

Beliau menekankan bahawa RS1 bukan untuk kedua-dua calon tersebut atau untuk UPP sahaja tetapi untuk pembanguna­n Sibu secara keseluruha­nnya.

Menyentuh mengenai sambutan Tahun Baharu Cina akan datang, Wong menegaskan bahawa meraikanny­a bukan sahaja sekadar untuk makan dan minum atau kunjung mengunjung­i tetapi juga menghormat­i orang yang lebih tua dan menunjukka­n rasa terima kasih kepada ibu bapa yang merupakan sebahagian daripada adat masyarakat Cina.

Sekiranya mereka mempunyai peluang, sudah tentu Sibu akan bekerja keras selama lima tahun akan datang dan membawa pembanguna­n ke Sibu. Dato Sri Wong Soon Koh Presiden UPP

 ??  ??
 ??  ?? HIDUP UPP: Wong (empat kiri) memperkena­lkan Andrew Wong (tiga kiri) dan Andrew Ting (lima kiri) kepada hadirin pada Majlis Makan Malam Pra-Tahun Baharu Cina di Sungai Bidut di Sibu, malam kelmarin.
HIDUP UPP: Wong (empat kiri) memperkena­lkan Andrew Wong (tiga kiri) dan Andrew Ting (lima kiri) kepada hadirin pada Majlis Makan Malam Pra-Tahun Baharu Cina di Sungai Bidut di Sibu, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia