Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa jalan di sekitar Bau mendap, runtuh dek hujan

Di Tondong, tanah susur sepanjang 20 meter berlaku semalam menyebabka­n jalan kampung tidak dapat dilalui kenderaan

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Beberapa jalan raya di sekitar Bau, terjejas oleh tanah runtuh yang berlaku disebabkan hujan tanpa henti sejak tiga hari lalu.

Antaranya di Tondong, di mana tanah runtuh sepanjang 20 meter berlaku sekitar jam 4 petang semalam menyebabka­n sebuah jalan kampung di situ tidak dapat dilalui kenderaan.

Namun demikian, langkah segera telah dijalankan oleh Majlis Daerah Bau (MBD) dengan membersihk­an timbunan tanah di atas jalan tersebut untuk membolehka­n ia dilalui semula.

Di Simpang Sebubok, Jalan Stass pula, mendapan tanah telah berlaku menyebabka­n rekahan di atas permukaan jalan raya tersebut sepanjang 25 meter.

Menurut Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, mendapan jalan tersebut adalah berpunca daripada aliran air bawah tanah.

“Jalan tersebut mula mendap secara serius sejak petang semalam, di mana pihak JKR telah mengambil tindakan segera dengan memasang tanda-tanda amaran kepada pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa melalui jalan itu,” katanya ketika dihubungi.

Awang Mohammad juga berkata tindakan segera akan dilakukan bagi membaiki jalan tersebut setelah kajian tapak dijalankan dan reka

Jalan tersebut mula mendap secara serius sejak petang semalam, di mana pihak JKR telah mengambil tindakan segera dengan memasang tanda-tanda amaran kepada pengguna jalan raya supaya berhati-hati semasa melalui jalan itu. Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan Jurutera JKR Bahagian Kuching

bentuk disediakan.

Selain itu, runtuhan tanah turut berlaku di jalan Kampung Stass ( Zon Piluk) sekitar jam 4 petang semalam namun Awang Mohammad berkata, ia belum memberi kesan kepada struktur jalan berkenaan kerana runtuhan hanya berlaku di bahu jalan.

Bagaimanap­un sebagai langkah keselamata­n, beliau berkata, JKR telah memasang kanvas plastik untuk menutup kawasan runtuhan.

Beliau menambah, tin- dakan selanjutny­a adalah untuk memasang tembok penahan bagi mengelak runtuhan lebih besar berlaku yang boleh merosakkan jalan tersebut.

Sementara itu, runtuhan turut berlaku di Jalan Serian-Mongkos pada petang semalam, menyebabka­n separuh bahagian jalan berkenaan ditutup.

Kejadian juga disahkan oleh Pegawai Daerah Serian Lim Hock Meng namun tidak memberikan maklumat lanjut mengenainy­a.

 ??  ?? ROSAK: Keadaan jalan di Simpang Sebubok, Jalan Stass yang mendap akibat hujan tanpa henti.
ROSAK: Keadaan jalan di Simpang Sebubok, Jalan Stass yang mendap akibat hujan tanpa henti.
 ??  ?? BAHAYA: Runtuhan jalan di Jalan Serian-Mongkos.
BAHAYA: Runtuhan jalan di Jalan Serian-Mongkos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia