Utusan Borneo (Sarawak)

PAIS turut hulur sumbangan kepada mangsa kebakaran

-

MIRI: Persatuan Lawn Tenis Bahagian Miri ( MLDTA) menganjurk­an majlis makan malam bersama Persatuan Bekas Polis Miri dan Persatuan Alumni Polis Sarawak Miri.

Majlis dianjur bagi mengeratka­n silaturahi­m dan perpaduan dalam kalangan ahli ketiga- tiga persatuan di samping mengumpul dana membiayai aktiviti tahunan mereka.

Kira-kira 300 tetamu hadir termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting, Presiden Persatuan Lawn Tenis Sarawak Datuk Patrick Liew, Presiden Persatuan Alumni Polis Sarawak Datuk Abang Wahap Abang Julai dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri ( MBM) Adam Yii.

Pada majlis tersebut, Sebastian memberi peruntukan RM15,000 untuk ketiga- tiga persatuan manakala Menteri Muda Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin RM5,000.

Ahli peniagaabn, Billy Usit iaitu Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Remang Offshore Supplies Sdn Bhd turut memberi RM5,000 untuk program pembanguna­n lawn tenis di bahagian Miri.

Pengerusi penganjur merangkap Presiden MLDTA Han Hipeni berkata majlis itu diadakan setiap tahun sejak 2014 bagi mengeratka­n silaturahi­m.

“Melalui kutipan dana ini, MDLTA bercadang mengadakan lebih banyak aktiviti. Setakat ini kami ada 11 buah sekolah rendah menyertai program tenis redball dan program junior.

“MDLTA mengadakan lawatan ke Kuala Lumpur, Kuching dan Bintulu untuk memberi pendedahan kepada junior yang mengambil bahagian dalam pertanding­an,” katanya.

Beliau menambah, program pembanguna­n tenis MDLTA kini mencatat seramai 51 pemain dengan pemain paling muda berusia lima tahun. MIRI: Persatuan Iban Sarawak (PAIS) tidak ketinggala­n turut serta bersama pelbagai pihak lain menghulurk­an sumbangan kepada mangsa kebakaran Rumah Langat di Nanga Majang, Kuala Bok, Tinjar.

Diketuai Naib Presiden I PAIS Walter Sela dan Ketua Kebajikan persatuan itu, Larry Saban Dagang, ahliahli persatuan menghantar bantuan berupa makanan, pakaian dan keperluan untuk mangsa daripada 21 pintu rumah panjang itu.

Bantuan adalah sumbangan yang dikumpul daripada ahli PAIS dan orang awam yang prihatin dengan musibah menimpa mangsa kebakaran.

“Kami berharap sumbangan ini dapat meringanka­n bebanan mangsa-mangsa kebakaran dan membawa keceriaan kepada mereka yang amat memerlukan sokongan moral dan keperluan asas den- gan segera,” jelas Walter.

Sementara itu, Samuel turut memuji kerjasama ahli persatuan membantu golongan memerlukan dan berharap usaha murni itu diteruskan bagi membantu mereka kurang bernasib baik dan tidak berkemampu­an.

“Saya juga berterima kasih kepada ahli yang bertindak segera menghulurk­an bantuan kepada mereka yang memerlukan dan menghantar sendiri barangan tersebut kepada mangsa secara sukarela,” tambahnya.

Dalam kejadian pada 31 Januari lalu, rumah panjang itu musnah dalam kebakaran dan mengakibat­kan hampir 100 penghuni daripada 21 pintu itu tinggal sehelai sepinggang.

 ??  ?? SIJIL: Patrick menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang peserta lawn tenis, kelihatan sama Han (kanan) di Miri semalam.
SIJIL: Patrick menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang peserta lawn tenis, kelihatan sama Han (kanan) di Miri semalam.
 ??  ?? SUMBANGAN: Ahli PAIS Miri bersama Walter dan barang sumbangan mereka dihantar kepada mangsa kebakaran Rumah Langat.
SUMBANGAN: Ahli PAIS Miri bersama Walter dan barang sumbangan mereka dihantar kepada mangsa kebakaran Rumah Langat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia