Utusan Borneo (Sarawak)

Mengaku menikam mangsa sebelum membawa mayat ke balai polis

-

KUALA LUMPUR: Tindakan pantas polis Kuala Lumpur yang menyelesai­kan kes samun bersenjata dalam tempoh kurang sejam berjaya menahan empat lelaki daripada kumpulan ‘Abang Fahmi’ yang cuba memajak gadai barangan kes samun di Chow Kit, pada 26 Jan lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ketika itu pihaknya sedang membuat pemantauan di sekitar Chow Kit dan melihat dua motosikal dinaiki empat suspek yang mencurigak­an menghampir­i sebuah kedai pajak gadai.

Beliau berkata polis yang melihat kejadian itu, segera menahan kesemua suspek yang berusia lingkungan 18 hingga 29 tahun itu.

“Hasil soal siasat kesemua suspek telah mengaku terlibat samun rantai emas di sebuah kedai emas di Kepong dan turut menyamun seutas rantai leher bernilai RM6,000 miilik seorang lelaki.

“Susulan penahanan suspek itu, polis juga merampas pelbagai barangan kes termasuk dua motosikal, seutas rantai leher, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, sebilah pedang samurai dan pisau lipat serta empat topi keledar yang digunakan kesemua suspek.

“Dengan penahanan mereka ini juga polis berjaya menyelesai­kan 21 kes di sekitar Lembah Klang yang dilakukan kumpulan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini.

Kesemua suspek direman pada 26 Januari lepas sehingga hari ini manakala kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, katanya. — Bernama PETALING JAYA: Anggota yang bertugas di balai polis Damansara benarbenar terkejut apabila seorang lelaki membawa b e r s a m a m a y a t t e - man wanitanya dalam kereta yang dipandunya ke balai polis itu lalu menyerah diri.

Lelaki itu mendakwa dia telah membunuh teman wanitanya di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara sebelumnya.

Suspek berusia 37 tahun itu kelihatan tenang apabila mengaku telah menikam mangsa berusia 35 tahun sebelum membawa mayatnya dalam kereta Honda City ke balai polis tersebut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din memberitah­u pemberita bahawa suspek menyerah diri kira-kira jam 1.30 petang semalam.

“Dia yang datang dengan berpakaian lengkap dan dalam keadaan biasa sahaja dipercayai menikam mangsa dalam kereta.

“Siasatan awal mendapati mangsa ditikam pada leher menggunaka­n senjata tajam yang turut ditemui dalam kereta milik mangsa dengan kesan darah,” katanya.

Siasatan awal mendapati mangsa ditikam pada leher menggunaka­n senjata tajam yang turut ditemui dalam kereta milik mangsa dengan kesan darah. ACP Mohd Zani Che Din Ketua Polis Daerah Petaling Jaya

Menurut Mohd Zani, pasangan kekasih itu bekerja di kondominiu­m yang sama di Kota Damansara dan telah berkenalan selama lebih kurang dua tahun.

“Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan kami akan memberikan identiti mangsa setelah keluargany­a dimaklumka­n mengenai kematian mangsa,” katanya.

Beliau berkata, mayat wanita itu akan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat.

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok ( hari ini),” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPASAN: Mazlan Lazim (tiga, kiri) menunjukka­n barang rampasan kepada pemberita pada Sidang Media Ketua Polis Kuala Lumpur berkaitan kejayaan membantera­s kes ragut di Ibu Pejabat Kuala Lumpur (IPK) semalam.
— Gambar Bernama RAMPASAN: Mazlan Lazim (tiga, kiri) menunjukka­n barang rampasan kepada pemberita pada Sidang Media Ketua Polis Kuala Lumpur berkaitan kejayaan membantera­s kes ragut di Ibu Pejabat Kuala Lumpur (IPK) semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SIASATAN: Anggota Unit Forensik membuat pemeriksaa­n ke atas mayat seorang wanita di dalam kereta disyaki dibunuh oleh teman lelakinya di Balai Polis Damansara semalam.
— Gambar Bernama SIASATAN: Anggota Unit Forensik membuat pemeriksaa­n ke atas mayat seorang wanita di dalam kereta disyaki dibunuh oleh teman lelakinya di Balai Polis Damansara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia