Utusan Borneo (Sarawak)

La Liga: Barca kekalkan rekod tanpa kalah

-

MADRID, Sepanyol: Gerard Pique mengikat kedudukan buat pendahulu La Liga Sepanyol, Barcelona ketika seri 1-1 di kelab jiran, Espanyol Ahad lepas, sekali gus mengekalka­n rekod tanpa kalah mereka musim ini sementara Atletico Madrid menewaskan Valencia untuk merapatkan kedudukan dengan kurang sembilan mata.

Barca, yang dibimbing Ernesto Valverde, berada dalam bahaya mengalami kekalahan liga yang pertama musim ini apabila Gerard Moreno membuka jaringan buat Espanyol pada pertengaha­n separuh masa kedua tetapi Pique menyempurn­akan satu tendangan sudut Lionel Messi pada minit ke-82 untuk mengikat kedudukan.

Barcelona kini sembilan di hadapan Atletico.

Perlawanan di antara dua kelab berjiran di Catalan berlangsun­g dalam hari hujan dan Valverde mengkritik keadaan padang yang buruk.

“Walaupun ia hujan, kami fikir padang akan bertahan tetapi kemudian kami melihat ia tidak seperti yang kami bayangkan dan padang menjadi agak berbahaya,” kata beliau.

“Hantaran kami tersekat dalam lopak air dan ia menyukarka­n corak permainan kami.

“Kami amat menghargai keputusan seri ini kerana ia sukar diperolehi apabila bermain dalam keadaan seperti ini dan kerana ia perlawanan berjiran, kami tidak mahu tewas.”

Barca juga mencipta rekod baharu dengan 22 perlawanan tanpa kalah dari awal musim dan masih bersaing untuk kejuaraan La Liga, Copa del Rey dan Liga JuaraJuara.

“Kami masih di tangga teratas. Keadaan untuk mereka dan juga kami tidak cukup bagus tetapi ia perlawanan menarik,” kata kapten Barca, Andres Iniesta.

Barca tidak bermain dengan baik ketika menentang lawan yang bersaing mengelak penyingkir­an walaupun Philippe Coutinho hampir menjaringk­an gol sulung beliau untuk Barca sejak perpindaha­n dari Liverpool bulan lepas tetapi rembatanny­a terkena palang.

Real Madrid semakin ketinggala­n dengan 19 mata selepas seri 2-2 di Levante pada perlawanan hari Sabtu.

Atletico mengambil sepenuh kesempatan dari keputusan seri Barca dengan menewaskan Valencia menerusi gol cantik Angel Correa pada minit ke- 59 untuk gol liga keenam beliau musim ini.

Valencia cuba bangkit tetapi gagal mencari gol penyamaan dengan Atletico berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat.

Pada perlawanan awal, Girona menewaskan Athletic Bilbao 2-0 sementara Gatefe dan Leganes seri tanpa jaringan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia