Utusan Borneo (Sarawak)

Waspada corak permainan pantas PKNP FC: Harris

-

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Hariss Harun menggesa rakan sepasukann­ya tidak memandang rendah keupayaan pasukan kelab, PKNP FC apabila keduadua pasukan bertemu dalam perlawanan kedua saingan Liga Super di Stadium Larkin, hari ini.

Pemain antarabang­sa Singapura itu berkata mereka juga jangan terlalu yakin berdepan wakil dari Perak itu kerana pasukan lawan mempamerka­n corak permainan pantas yang boleh menafikan kemenangan kedua berturuttu­rut JDT di laman sendiri.

JDT memulakan musim 2018 dengan bergaya apabila menewaskan juara Piala FA 2017, Kedah 2-1 pada perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Larkin, Sabtu lepas, menyaksika­n mereka mengutip tiga mata pertama yang diambil kira dalam carta kedudukan Liga Super.

“Kita mahukan kemenangan kedua, namun mesti berhati- hati dengan corak permainan pantas pasukan lawan (PKNP FC) yang sudah tentu menampilka­n permainan agresif untuk menafikan kemenangan kita.

“Kesemua pemain JDT tahu tanggungja­wab masing-masing dalam pasukan, sekali gus memudahkan tugas ketua jurulatih Ulisses Morais merencanak­an strategi sepan- jang musim ini,” kata Hariss seperti dipetik dalam laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers.

Beliau seterusnya berkata penting bagi pemain mengharung­i perlawanan demi perlawanan pada satu masa kerana ia lebih berkesan dalam membina persefaham­an yang baik dalam kalangan mereka.

PKNP FC di bawah bimbingan bekas pemain Perak, Abu Bakar Fadzim terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang, Sabtu lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia